Aduhai Maguire

0 290

Kapten dan pertahanan utama Manchester United, Harry Maguire berkemungkinan besar terlepas perlawanan pembukaan skuad Three Lions menentang Croatia dalam saingan kumpulan D di kempen EURO 2020 nanti.

Maguire satu-satunya pemain yang tidak kelihatan semasa latihan penuh pasukan bimbingan Gareth Southgate menjelang hari perlawanan. Beliau dilaporkan masih perlu melalui fasa rehabilitasi dan pemeriksaan berterusan kecederaan ligamen.

Pemain yang menjadi tonggak utama Red Devil’s dan Three Lions itu mendapat bencana selepas membantu kemenangan United sewaktu bertemu Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

Kehilangannya amat dirasai Ole Gunnar Solksjaer yang terpaksa merombak struktur pasukan menentang Fulham, Liverpool, Wolves serta aksi perlawanan akhir Liga Europa bertemu Villarreal.

Walaupun sering di kritik dan dipersoalkan kemampuannya, Maguire membuktikan betapa United sangat goyah tanpa kelibat beliau di atas padang memimpin benteng pertahanan.

Atas sebab itu Southgate tidak ingin mengambil sebarang risiko dan langkah tergesa-gesa menurunkan pemain kegemarannya itu untuk berada di skuad England.