Berita Terkini

Adakah Saul merupakan pemain tengah yang Solskjaer benar-benar perlukan?

Adakah Saul Merupakan Pemain Tengah Yang Solskjaer Benar Benar Perlukan

Salah satu pilihan pemain tengah yang menjadi bualan pada waktu ini adalah bintang Atletico Madrid Saul Niguez.

Atletico Madrid dikatakan bersedia untuk melepaskan pemain Sepanyol pada jendela perpindahan musim ini. United dilihat menjadi pasukan utama dan pilihan untuk membawa masuk Saul. Ada juga laporan memberitahu yang ejen Saul telah ke United untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara ini.

Saul kini berusia 26 tahun mempunyai banyak lagi masa untuk berkhidmat untuk United. United dilihat kekurangan pemain yang mampu membuat hantaran-hantaran jauh seperti Ruben Neves boleh lakukan atau pada ketika dulu Carrick dan Scholes.

Oleh yang demikian, bagamimana Saul yang membantu pasukan Atletico Madrid menjuarai liga dapat membantu United?

Ketika bertahanan, Saul Niguez merupakan pemain yang bagus dalam perebutan bola di udara. Dia merupakan pemain ketiga dalam senarai pemain yang memenangi ‘aerial duels’ dalam pasukan Atletico Madrid dengan 65. Jika statistik ini di bandingkan dengan para pemain United, makanya dia akan berada di kedudukan teratas bagi pemain tengah United dengan Pogba 55 dan Fred hanya 10 kemenangan ‘aerial duels’.

Saul mempunyai ‘tackle’yang begitu bagus. Dia telah berjaya menang 52 ‘tackle’ pada musim lepas dan statistik tersebut adalah sama dengan Wan-Bissaka. Fred mencatatkan 55 ‘tackle’ dengan 300 minit permainan lebih daripada Saul.

Pada musim lepas, Saul telah berjaya melakukan 36 ‘tackle’ apabila pemain cuba melepasinya 1 lawan 1, Manakala Fred mencatatkan 30. Ini membuktikan kedua-dua pemain ini tidak jauh bezanya cuma Saul mempunyai kelebihan dalam bersaing bola di udara jika dibandingkan Fred.

Ketika menyerang pula, Saul telah melakukan 54 sentuhan bola dalam kawasan penalti pasukan lawan. Ia merupakan catatan yang lebih dari Scott McTOminay dengan 36 dan Fred 17 dah jumlah kedua-dua pemain ini dengan 53.

Dia telah mencatatkan 409 sentuhan bola di kawasan pasukan lawan. Dia sangat mempunyai keinginan untuk mara kehadapan dan melakukan ‘press’ kepada pasukan lawan serta membantu rakan sepasukan ketika menyerang dan apabila diperlukan.

Pada musim lepas dia telah membuat 22 penampilan dengan 11 pemain gantian. DIa menjaringkan 2 gol ketika menentang Sevilla dan Cadiz serta mencipta ‘assist’ ketika menentang Eibar.

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

| BMU - Statistik Semasa |

Bruno Fernandes telah meledak 7 gol, 2 bantuan gol dalam 5 perlawanan terakhir untuk Manchester United dalam semua pertandingan.

lwn Chelsea ⚽️
lwn Liverpool ⚽️
lwn Bournemouth ⚽️⚽️
lwn Coventry City ⚽️👟
lwn Sheffield United ⚽️⚽️👟

Nota: Bruno Fernandes telah menjaringkan atau membantu 26 gol musim ini. Cole Palmer adalah satu-satunya pemain tengah dalam Liga Perdana merekodkan lebih banyak penglibatan gol (38).

#BMU02 #BMU #MUFC #GGMU

| BMU - Statistik Semasa |

Bruno Fernandes telah meledak 7 gol, 2 bantuan gol dalam 5 perlawanan terakhir untuk Manchester United dalam semua pertandingan.

lwn Chelsea ⚽️
lwn Liverpool ⚽️
lwn Bournemouth ⚽️⚽️
lwn Coventry City ⚽️👟
lwn Sheffield United ⚽️⚽️👟

Nota: Bruno Fernandes telah menjaringkan atau membantu 26 gol musim ini. Cole Palmer adalah satu-satunya pemain tengah dalam Liga Perdana merekodkan lebih banyak penglibatan gol (38).

#BMU02 #BMU #MUFC #GGMU
... See MoreSee Less

16 hours ago

30 CommentsComment on Facebook

No rashpord no problem…

Player yang kuat merungut,kuat complaint tapi ketiadaan dia memang barai MU, hopefully next season squad depth kita lebih ampuh untuk sokong Kapitan kita ni. Work Rate dia memang padu.. tengok Portugal sudah la..elok je bruno ni..

Captain Bruno Ethan Wheatley: “Bruno tarik saya ke tepi dan beritahu saya ‘Saya ada 9 minit je nak bagi awak gol (assist)’ Bruno Fernandes: “Saya rasa pada penghujung permainan saya agak terlalu tidak menentu untuk mencuba dan memberikannya gol. Dia adalah seorang budak muda yang datang melalui akademi, saya tahu saat ini adalah besar untuknya dan saya rasa mendapat gol dalam penampilan pertamanya adalah sesuatu yang besar. Saya tidak dapat memberikan bantuan kepadanya, saya dah cuba”

Load More

| BMU - Informasi Semasa |

Ethan Wheatley telah menjadi graduan ke-250 dari Akademi Manchester United yang membuat debut bersama skuad utama.

Statistik menarik ini telah menarik perhatian ramai pemerhati dengan hampir 20,000 penampilan direkodkan dalam sepanjang satu abad, dengan 440 trofi dimenangi, dengan produk yang dilahirkan di 20 negara berbeza.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Informasi Semasa |

Ethan Wheatley telah menjadi graduan ke-250 dari Akademi Manchester United yang membuat debut bersama skuad utama.

Statistik menarik ini telah menarik perhatian ramai pemerhati dengan hampir 20,000 penampilan direkodkan dalam sepanjang satu abad, dengan 440 trofi dimenangi, dengan produk yang dilahirkan di 20 negara berbeza.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

17 hours ago

16 CommentsComment on Facebook

kembalikan greenwood&pallestri... season dpn start dgn pemain muda... lakukan giliran permainan kpd setiap player pd setiap piala kejohanan&ini penting tuk player muda raih pengalaman&player senior elak drpd kecederaan berpanjangan

Ben Foster bukan akademi Man Utd rupanya.Ingatkan dia produk akademi

440 trofi, 250 graduate. Banyak dah yaaa.

Load More