Adakah Ramos Sesuai Untuk United?

0 263

Apabila kita berbicara dengan penyokong tegar Manchester United mengenai pertahanan baru untuk memantapkan sistem pertahanan pasukan, mereka pasti akan menyenaraikan Sergio Ramos sebagai salah seorang pemain baru yang perlu ada dalam pasukan.

Ketika ini, Sergio Ramos yang telah berusia 35 tahun baru sahaja menarik diri dari skuad Sepanyol untuk Euro 2020 kerana kecederaan.

Selain dari Ramos, peminat United juga mahukan pemain pertahanan yang lebih muda seperti Sven Botman ataupun Christian Romero sebagai pilihan lain sekiranya perjanjian Ramos tidak berjaya.

Kemungkinan kemasukan Ramos ke dalam skuad United akan menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat United. Antaranya kemungkinan situasi sama seperti kemasukan Edinson Cavani yang mana beliau juga telah melebihi 33 tahun ketika diambil sebagai penyerang utama United pada musim lepas.

Selain itu, jika perpindahan percuma ini berjaya, pengalaman luas Ramos dalam Liga Juara-Juara Eropah dimana dia telah memenangi piala tersebut sebanyak 4 kali sejak menyertai Real Madrid pada 2005 akan membantu United dalam kempen 2021/2022 akan datang.

Kita juga boleh melihat kepada situasi Chelsea apabila bekas pengurus mereka, Frank Lampard telah secara berani mengambil pemain pertahanan berpengalaman Paris Saint-Germain, Thiago Silva yang berusia 35 tahun untuk memacu pertahanan Chelsea sehingga berjaya memenangi piala Liga Juara-Juara Eropah pada musim lepas.

Ketika ini, adakah Victor Lindelof boleh membawa Manchester United ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah? Itulah yang bermain dalam minda peminat United. Mereka percaya kehadiran Ramos untuk satu atau dia musim akan datang untuk bergandingan dengan Harry Maguire boleh memperkemaskan barisan pertahanan skuad United.

Ejen Bebas

Ketika ini, hanya kecergasan Segio Ramos sahaja yang menjadi persoalan sekiranya dia datang ke United untuk musim depan. Dia hanya bermain 5 perlawanan sahaja untuk Real Madrid sejak Januari 2021.

Masih samar lagi ke mana hala tuju Ramos ketika ini. Sejak berminggu-minggu yang lepas, nama United sentiasa meniti di bibir-bibir akhbar yang mengaitkan kehadiran Ramos ke kelab terbaik di England ini.

Kemungkinan kemasukan Sergio Ramos akan menyebabkan United berasa sukar untuk membawa masuk pemain ‘defensive midfielder’ yang baru. Antara nama yang dikaitkan dengan United ialah Declan Rice Dan Marcelo Brozovic iaitu pemain antarabangsa Croatia yang bermain untuk Inter Milan. Declan Rice yang dikatakan terlalu mahal berkemungkinan United untuk tidak akan bertindak untuk membawa masuk pemain West Ham United ini.