Adakah Donny van de Beek telah bersedia pada musim ini ?

0

Donny van de Beek mendapat peluang berada dalam kesebelasan utama United ketika perlawanan terakhir pra-musim menentang Everton baru-baru ini.

Ia merupakan penampilan keduanya dalam perlawanan persahabatan untuk pasukan United selepas perlawanan persahabatan menentang Preston di batalkan. Dia sebelum ini telah dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Brentford.

Dengan peluang ketika menentang Everton, Donny van de Beek bermain dengan tenang sepanjang perlawanan tersebut. Namun dia banyak melihat bola ketika mana dia mendapat peluang untuk pamerkan sesuatu pada musim baru ini.

United telah bermain 3 pemain tengah di mana van de Beek bergandingan dengan Nemanja Matic dan Bruno Fernandes. Ketiga-tiga pemain ini nampak seimbang bermain di bahagian tengah United.

Solskjaer dikatakan berusaha untuk memberikan van de Beek peluang untuk membiasakan dirinya dengna corak permainan United. Solskjaer lebih selesa van de Beek bergandingan bersama Bruno daripada menggantikan Bruno dengan van de Beek.

Apa yang kita boleh lihat, van de Beek dapat bermain dengan baik dengan kualiti yang ada pada Bruno. Dia boleh mencari ruang dan peluang sementara Bruno membuat hantaran berbahaya ke kotak penalti pasukan lawan. Namun United memerlukan seorang pemain ‘defensive midfielder’yang bagus. Pada perlawanan tersebut, Nemanja Matic telah bermain baik peranan tersebut.

van de Beek dilihat sedang membiasakan dirinya bermain bermula dari bawah kawasan United dalam mengatur serangan awal. Apa yang menariknya, dia berani untuk membuat hantaran bola kehadapan dan bermain satu dua untuk mencipta gerakan di bahagian tengah. Perkara ini bagus dan Scott McTominay tidak selalu melakukan perkara seperti ini.

van de Beek mempunyai peluang untuk berada dalam kesebelasan utama United pada perlawanan pertama menentang Leeds nanti. Persembahannya ketika menentang Everton amat memberangsangkan.

Dia berjaya berada dalam tahap kecergasan yang baik dibandingkan dengan pemain-pemain tengah yang lain.

Paul Pogba dan Fred di masukkan sebagai pemain gantian dan mereka masih lagi sedang mendapatkan tahap kecergasan terbaik mereka. Solskjaer sudah pastikan Scott McTominay mengalami kecederaan ringan selepas perlawanan. Namun United juga mempunyai pilihan untuk menurunkan pemain muda James Garner, yang telah bermain dalam kesemua perlawanan persahabatan United pada pra-musim kali ini.

Perlawanan menentang Leeds ini merupakan perlawnaan yang rumit. Namun van de Beek amat sesuai dengan perlawanan tersebut. Dia mempunyai teknik yang baik dalam mengatasi ‘pressing’ daripada pihak lawan. van de Beek mempunyai kawalan bola yang cukup baik. Dia telah buktikan ketika United menang 5-0 menentang RB Leipzig pada musim lepas.

United perlu membuat pilihan adakah van de Beek akan menjadi alternatif pilihan kepada Fred, McTominay dan Pogba. Dia mungkin calon utama menggantikan Bruno pada ketika ini. Jika dia boleh bermain dengan apa kehendak yang Solskjaer mahukan, maka dia pasti akan menjadi sebahagian daripada pasukan pada musim ini.

- Advertisement -