Abdallah Sima jadi buruan terbaru pasukan United

Penampilan Sima pada musim 2020/21, memang kelihatan memukau

James Williamson - AMA/Getty Images
0 452

Di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United kini nampaknya lebih suka memberi tumpuan untuk membawa masuk pemain muda berbakat untuk pembangunan jangka masa panjang.

Contohnya, Amad Traore (18 tahun) dan Facundo Pellistri (19 tahun) adalah pemain yang berjaya dibawa oleh The Red Devils. Setelah berjaya membawa dua pemain berbakat ini, United nampaknya tidak bersedia berhenti untuk terus mencari ubi muda.

Dalam Manchester Evening News melaporkan bahawa pasukan Solskjaer sedang memantau perkembangan penyerang berusia 19 tahun, Abdallah Sima, yang pada waktu ini memperkuatkan kelab dari Republik Czech, Slavia Prague.

Abdallah Sima berasal dari Dakar, Sengal mempunyai ketinggian 1.88m. Dia telah menjaringkan 15 gol dalam 29 penampilan bersama pasukan senior pada musim ini.

Penampilan Sima pada musim 2020/21, memang kelihatan memukau kerana dapat membantu Slavia Prague terus mara dalam pertandingan Piala Europa dengan membawanya ke sukur akhir, sebelum tewas kepada Arsenal.

Selain itu, minatnya United terhadap Sima sepertinya ingin menjadikannya sebagai penyerang utama untuk masa hadapan pasukan. Usia Edinson Cavani telah mencapai 34 tahun masih lagi menjadi tanya tanya sama ada dia akan kekal bersama United atau akan berhijrah ke kelab lain pada hujung musim ini.