9 Fakta menarik sejurus tamat perlawanan United vs Liverpool

0 14

Fakta-Fakta menarik sejurus tamat perlawanan diantara Manchester United vs Liverpool

1. Manchester United telah menyingkirkan Liverpool dari Piala FA buat kali ke-10 dalam sejarah pertandingan.

2. Liverpool hanya memenangi sekali daripada 15 perlawanan terakhir mereka di Old Trafford dalam semua pertandingan (empat seri dan 10 kekalahan) dan mereka juga tidak pernah memenangi dalam lapan perlawanan terakhir mereka (seri empat dan kalah empat kali).

3. Manchester United telah memenangi setiap lapan perlawanan terakhir mereka di Piala FA.Hanya dari tahun 1908 hingga 1912 sahaja mereka mendapat kemenangan yang lebih baik di tempat sendiri dalam pertandingan ini (9 perlawanan).

4. Liverpool adalah juara Liga Perdana inggeris pertama yang tersingkir dari Piala FA pada pusingan keempat sejak Manchester City pada 2014/2015.

5. Liverpool telah mengalami kekalahan dua perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan buat pertama kalinya sejak Mac 2020.

6.Mason Greenwood telah menjaringkan gol pertamanya untuk Manchester United dalam jangka masa sebelas perlawanan dalam semua pertandingan,ia juga Mengakhiri trend tidak menjaringkan gol terpanjang untuk pemain bersama pasukan. 

7.Di usia 19 tahun Greenwood juga merupakan pemain termuda Manchester United yang menjaringkan gol menentang Liverpool sejak Wayne Rooney melakukan pada Januari 2005 di Liga Perdana (19 tahun 83 hari).

8. Marcus Rashford menjadi pemain yang sering menjaringkan gol ketika bertemu Liverpool di Old Trafford berbanding ketika bertemu lawan lain di dimana untuk Manchester United ia telah menjaringkan (4 gol) ketika bertemu The Reds.

9. Sejak debutnya di Manchester United pada Februari 2020, Bruno Fernandes telah menjaringkan lebih banyak gol daripada pemain lain untuk kelab Liga Perdana Inggeris  (28 gol).