7 Senarai pemain yang berjaya ketika dipinjamkan

Daripada senari tersebut ada kemungkinan pemain-pemain ini akan dijual atau di beri peluang untuk bersama pasukan senior United.

0 433

Manchester United telah menamatkan kempen semua kejohanan yang disertainya pada bulan lepas. United mempunyai 16 pemain yang dipinjamkan dan kini pulang ke pangkuan pasukan United untuk permulaan musim baru akan datang.

Akan tetapi daripada senarai tersebut, tidak kesemua pemain yang berjaya mengambil pengalaman berharga ketika tempoh pinjaman mereka.

Dylan Levitt ke NK Istra

Levitt hanya bermain untuk 9 perlawanan ketika dipinjamkan ke NK Istra. Namun perkara tersebut sudah memadai bagi dirinya menempatkan tempat dalam senarai terakhir pemain kebangsaan Wales pada Piala Eropah bulan ini.

United bertuah dengan pinjaman permain tersebut selepas perpindahan untuk kelab-kelab liga inggeris tamat lebih awal. Namun, perpindahan bagi kelab yang berpengkalan di Crotia itu tamat 3 minggu selepas liga inggeris.

Levitt telah menyertai kelab tersebut pada pertengahan musim. Dia berjaya membantu pasukan NK Istra layak ke perlawanan akhir Piala Croatia. Malang bagi dirinya kerana mengalami kecederaan sebelum perlawanan tersebut dan kelabnya itu tewas dalam usaha memenangi piala tersebut.

Di’Shon Bernard ke Salford

Pemain ini telah dipinjamkan ke Liga 2 Inggeris iaitu Salford. Dalam tempoh berkenaan, dia telah bermain di bawah 3 pengurus yang berbeza untuk 1 kelab.

Bernand telah bermain sebanyak 32 perlawanan dengan hampir lebih 2,600 minit untuk pasukanutama Salford. Ia merupakan pengalaman berharga bagi pemain berusia 20 tahun itu.

Ethan Laird ke MK Dons

Laird telah mengalami permulaan yang tidak baik bagi karier sebelum bemain untuk MK Dons secara pinjaman.

Dia terlibat dalam kecederaan pada perlawanan pertama untuk pasukan akademik United. Dan pihak pengurusan akademik United gusar dengan kecederaan tersebut mungkin akan mengakibatkan kecederaan yang berpanjangan pada kariernya.

Namun, semasa dipinjamkan ke MK Dons, dia tidak mempunyai sebarang masalah kecergasan. Laird telah bermain sebanyak 25 perlawanan pada 201 dan mencipta 4 assists.

Pihak pengurusan United sedang merancang untuk meminjamkannya pada liga yang lebih mencabar iaitu liga Championship Inggeris.

Diogo Dalot ke AC Milan

Pemergian Dalot secara pinjaman ke AC Milan sangat berisiko pada kariernya kerana AC Milan sudah mempunyai pemain pertahanan kiri mahupun kanan.

Dia tidak berjaya merebut tempat dalam kesebelasan utama United pada musim lepas dan ada kemungkinan pada musim hadapan jika United serius untuk membawa masuk Kieran Trippier.

Dalot berjaya bermain untuk 33 perlawanan bersama AC Milan. Dan disebabkan peningkatan jumlah permainan dan prestasi yang bagus dipamerkan oleh Dalot, United mempunyai peluang yang baik untuk melepaskan Dalot dengan bayaran yang tinggi lebih kurang 10 – 15 juta pound.

Penghijrahan Dalot adalah baik untuk kariernya. Tiada kata putus lagi daripada Solskjaer mengenai perancangan pasukan United untuk Dalot.

Teden Mengi ke Derby County

Tendi Mengi merupakan satu prospek pemain pertahanan yang bagus United ada pada ketika ini. Dia masih muda, berusia 19 tahun dan bermain di posisi pertahanan tengah dalam liga Championship Inggeris pada musim lepas.

Pengurus pasukan Derby, Wayne Rooney berminat untuk meneruskan tempoh pinjaman Mengi bersama Derby pada musim hadapan. Ia merupakan perluang yang bagus bagi kariernya kerana dia dilihat menjadi pilihan dalam kesebelasan utama Derby terutama di bahagian pertahanan tengah.

Jesse Lingard ke West Ham

Jesse Lingard sangat cemerlang ketika dipinjamkan ke West Ham pada musim lepas. Kariernya dilihat tidak mempunyai masa depan yang baik di United.

Namun penghijrahan ke West Ham secara pinjaman telah mengubah segala-galanya. DIa telah menjaringkan 9 gol dalam 16 perlawanan.

Punca utama kepada Lingard yang disisihkan ketika di United dalah kerana United kini mempunyai pemain tengah yang begitu ramai.

Ada kemungkinan disebabkan prestasi yang bagus di pamerkan oleh Lingard, nilainya akan meningkat dan membolehkan United menjualnya dengan harga yang tinggi.

James Garner to Nottingham Forest

James Garner telah membuat 41 penampilan bersama dengan pasukan Watford dan Nottingham Forest dalam Liga Championship Inggeris pada musim lepas.

Persembahan yang mendatar pada ketika dia berada di Watford telah membolehkan dia berhijrah ke Nottingham Forest pada pertengahan musim. Perpindahan tersebut merupakan sesuatu yang baik bagi dirinya selepas dia menjadi bualan peminat kelan tersebut dengan kualiti yang dipamerkannya.

Pengalaman yang baik itu berkemungkinan menempatkan dirinya dalam pasukan senior United dalam persediaan kempen pra musim akan datang. Jika dia berjaya bersaing dengan nama-nama besar di United pada ketika ini ada kemungkinan dia akan kekal di United.

Jika tidak, dia akan dipinjamkan sekali lagi ke kelab Liga Perdanan Inggeris bagi meningkatkan kualiti sebenar permainan yang dia miliki.