6 senarai pemain pinjaman yang gagal ketika dipinjamkan

Daripada senari tersebut ada kemungkinan pemain-pemain ini akan dijual atau di beri peluang untuk bersama pasukan senior United.

0 404

Manchester United telah menamatkan kempen semua kejohanan yang disertainya pada bulan lepas. United mempunyai 16 pemain yang dipinjamkan dan kini pulang ke pangkuan pasukan United untuk permulaan musim baru akan datang.

Akan tetapi daripada senarai tersebut, tidak kesemua pemain yang berjaya mengambil pengalaman berharga ketika tempoh pinjaman mereka.

Tahith Chong ke Werder Bremen

Ia merupakan perpindahan pinjaman yang diberitakan akan menjadi hangat pada musim lepas. Chong telah mempamerkan aksi yang baik ketika bersama dengan pasukan United ketika perlawanan pra musim.

Namun disebabkan persaingan dalam pasukan senior yang begitu kuat, United terpaksa melepaskanya secara pinjaman.

Chong gagal mendapat tempat dalam pasukan kesebelasan utama Werder Bremen kerana mereka mempunyak ramai pemain. Dia di lihat tidak berjaya menyesuaikan dirinya dengan permainan Bundesliga.

Chong telah dipanggil semula pada Januari lepas dan dipinjamkan ke Club Brugge. Dia hanya mampu membuat 4 penampilan bersama pasukan tersebut. Kariernya pada musim lepas dilihat begitu tidak menjadi.

Max Taylor ke Kiddersminster

Max Taylor tidak mempunyai pilihan yang bagus ketika diberi peluang untuk dipinjamkan kelab-kelab di England. Dia kemudiannya terpaksa dipinjamkan ke kelab bukan liga iaitu Kidderminster.

Perjalanan kariernya begitu suram pada ketika itu. Tambahan dengan isu pandemik Covid19, kelab tersebut menghadapi krisi kewangan yang menyebabkan mereka terpaksa menarik diri dari saingan liga bukan rasmi.

Dia tidak berjaya membuat sebarang penampilan pada tahun 2021.

United baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang dia akan dilepaskan pada hujung musim ini.

Andreas Pereira ke Lazio

Penghijrahan Pereira ke kelab Lazio merupakan pilihan yang tidak bagus bagi dirinya. United juga meletakkan pilihan pembelian Pereira di dalam kontrak tersebut.

Lazio dikatakan sebelum ini akan memberi peluang kepada Pereira untuk mendapat minit permaianan kerana dia mempunyai kualiti yang baik sebagai pemain perancang tengah.

Namun dengan kualiti pemain sedia ada di Lazio, dia dilihat hanya mampu memanaskan bangku simpanan sepanjang musim.

Pereira hanya berjaya membuat 3 penampilan dalam kesebelasan utama dan 25 sebagai pemain gantian. Dia juga mengutip 1 kad merah sepanjang kariernya di Lazio.

Sumbangan Pereira untuk pasukan Lazio dilihat tidak mencapai tahap yang diinginkan oleh pasukan Lazio yang dikatakan hampir bersetuju dengan pilihan untuk membeli Pereira dengan nilai 24 juta pound dalam kontrak pinjaman tersebut.

Dylan Levitt ke Charlton

United pada awal musim menghabiskan masa mencari kelab yang sesuai bagi Levitt dan mereka telah memilih Charlton.

Namun begitu, ia merupakan perpindahan pinjaman yang amat menyedihkan bagi Levitt yang hanya bermain 4 perlawanan dan telah dipanggil semula pada Januari 2021.

United kemudian telah menghantarnya ke Liga Croatia pada baki musim ini. Dia berjaya membuat 7 penampilan cukup untuk menempatkan dirinya dalam pasukan kebangasaan Wales untuk Piala Eropah bulan ini.

Aliou Traore to Caen

Pemain muda ini pernah dikenal pasti bakal menjadi pemain berkualiti di United. Namum perkara tersebut nampak begitu suram pada musim ini.

Kontraknya bakal tamat pada hujung musim ini dan United dilihat seperti tidak akan memebrikan peluang dia untuk bermain secara pinjaman.

Traore dipinjamkan ke kelab divisyen 2 Liga Perancis, Caen gagal memberikan aksi yang bagus.

Dia hanya bermain selama 663 minit dalam saingan liga tersebut dan kemudiannya disisihkan daripada 9 perlawanan terakhir pasukan tersebut.

United baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang dia akan dilepaskan pada hujung musim ini.

Joel Pereira to Huddersfield Town

Apabila mendapat peluang untuk dipinjamkan ke kelab luar untuk menimba pengalaman, dia gagal merebut peluang tersebut.

Selepas bermain dengan teruk di Hearts pada tahun lepas, Joel tidak mempunyai pilihan lain. Dia tidak mampu bermain baik sehinggakan dia hanya menjadi seorang pemain simpanan di Huddersflied.

Dia telah melepaskan 11 gol dalam 2 perlawanan di mana mereka tewas 4-3 dan 7-0 kepada Stoke dan Norwich.

United baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang dia akan dilepaskan pada hujung musim ini.