55 percubaan dalam 2 perlawanan bersamaan 0 jaringan

0

Manchester United telah memulakan kempen saingan liga dengan bergaya selepas menjaringkan 9 gol dalam 2 perlawanan. Namun, perkara itu sudah tidak berlaku dan kembali seperti musim lepas sejak kebelakangan ini. United tewas di gelanggang keramat mereka Old Trafford kepada West Ham dalam Piala Carabao dan Aston Villa 0-1 dalam Liga Perdana Inggeris.

United telah melakukan 27 percubaan ketika perlawanan menentang West Ham dan 28 untuk Aston Villa. Gabungan percubaan yang telah dilakukan ini adalah sebanyak 55 percubaan untuk 2 perlawanan. Tetapi jumlah tersebut tidak mempunyai detik yang menarik untuk diceritakan.

Apa yang telah berlaku? Adakah United kini tidak bernasib baik?

Keputusan United membariskan 11 pemain yang berlainan ketika perlawanan Piala Carabao boleh mengundang kontroversi. Memang benar para pemain itu memerlukan minit permainan, tetapi perubahan yang dilakukan adalah terlalu besar. Apa yang penting adalah untuk memenangi perlawanan dan mara ke pusingan seterusnya untuk memastikan peluang untuk memenangi piala pada musim ini berada dalam landasan yang bagus.

Kemenangan adalah satu kebiasaan kepada pasukan United. Tetapi United telah memusnahkan rekod permulaan yang baik pada musim ini. United sepatutnya mencapai kemenangan mudah ketika menentang West Ham dan Aston Villa bagi memberikan suntikan moral dan semangat yang tinggi dikalangan para pemain. Dengan keputusan yang mengecewakan itu, ia akan membuatkan persediaan United untuk perlawanan menentang Villareal berada dalam keadaan tidak menentu. Adakah mereka mampu menang? Adakah meraka akan tewas lagi?

United banyak mencipta peluang untuk menjaringkan gol namun ketenangan ketika berada di hadapan gol gagal diperolehi pada waktu itu. Ketika menentang West Ham, para pemain simpanan United kekurang menyengat ketika mendapat peluang bermain. Namun dengan kemasukan Greenwood barulah ade perubahan yang berlaku ketika permainan. Greenwood telah melakukan 8 percubaan ketika mentang Aston Villa namun hanya 2 menepati sasaran. Manakala Bruno dan CR7 telah melakukan 10 percubaan dan semuanya tidak menepati sasaran.

Solskjaer berkata,’Apabila melihat kembali peluang yang kami miliki, keputusan para pemain ketika berada di hadapan gol, cara kita menyempurnakan, kualiti hantaran dan percubaan yang dilakukan tidak cukup bagus untuk membuat kita mendapatkan gol.’

United perlu lebih klinikal dalam menyempurnakan peluang menjaringkan gol terutamanya di awal babak permainan. United telah menjaringkan 13 gol pada awal musim ini dan 4 daripadanya adalah pada separuh masa pertama. United cenderung untuk memulakan permainan dengan perlahan. Meraka memberikan keyakinan kepada pasukan lawan dan membuatkan kesukaran kepada pasukan mereka sendiri dalam mencari gol. Ketika menentang Aston Villa, jika peluang gol pada separuh masa pertama dapat dihasilkan, maka United tidak perlu berhempas pulas sehingga tewas dalam perlawanan tersebut.

Selain itu, United bergantung kepada 4 pemain utama mereka, Bruno, Pogba, CR7 dan Greenwood. Tiada percubaan berbahaya yang dilakukan oleh pemain tengah United. Pogba juga kurang memberikan peranan ketika berada di dalam kotak penalti lawan. United berharap kepada Pogba dan Bruno untuk mencipta peluang dalam usaha mereka menjaringkan gol.

Fred dan McTominay tidak banyak membantu bahagian serangan United. Bahagian ‘full-back’ United juga kurang membantu bahagian serangan, mereka lebih kepada membuat hantaran pendek dan memberikan sokongan kepada pemain bahagian serangan. Pemain seperti Sancho dan Cavani perlu mula memainkan peranan kepada pasukan. Dengan keadaan Martial semakin kurang mendapat minit permainan, Rashford bakal kembali pada bulan hadapan, di harapkan United kembali menemui rentak kemenangan yang mereka inginkan bagi menceriakan para peminat United.

- Advertisement -