5 watak utama untuk perlawanan menentang West Brom malam ini

0 1

Manchester United akan menentang West Brom pada jam 10 malam pada hari ini. Ini merupakan perlawanan penting bagi United untuk merampas kembali kedudukan no 2 liga selepas Leicester City menang ke atas Liverpool 3-1 malam tadi. Namun beberapa pemain utama United masih lagi berada dalam senarai kecederaan. Paul Pogba masih lagi tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan paha. Phil Jones masih lagi menerima rawatan manakal Bailly masih belum cergas sepenuhnya walaupun telah kembali menjalani latihan seperti biasa pada minggu ini.

Mengikut statistik di atas kertas, United tidak akan menghadapi sebarang kesukaran untuk menewaskan West Brom. Jelas kelebihan kepada United. Dengan barisan sedia ada United dilihat United mampu memberikan 3 mata penting pada perlawanan malam ini.

Edinson Cavani

Cavani kini menjadi sebahagian daripada kesebelasan utama United sejak kehadirannya dari PSG. Cavani juga kini menjadi idola bagi sesetengah peminat United kerana kualiti yang dipamerkan olehnya pada musim ini. Cavani telah membuat 16 penampilan dan 7 daripada itu sebagai pemain utama. Cavani telah menyumbangkan 6 gol serta 2 bantuan gol kepada rakan sepasukan. Perlawanan malam ini pasti menjadi medan Cavani untuk mencetak lebih gol sekaligus membantu United memperolehi kemenangan mutlak.

Bruno Fernandes

Rekod gol dan bantuan gol yang telah dilakukan oleh Bruno Fernandes masih belum ada mampu menandinginya ketika ini di United. Pemain antarabangsa Portugal ini telah menjaringkan 22 gol untuk United dalam kempen Liga Perdana Inggeris. Dia telah membuat 23 penampilan, Bruno telah menjaringkan 13 gol dan 9 bantuan gol. Hasilnya itu membolehkan dia berada dalam senarai penjaring terbanyk Liga Perdana Inggeris ketika ini 3 gol di belakang Salah. Bruno mampu memberikan ancaman kepada West Brom kerana dia telah menjaringkan 2 gol dan 2 bantuan gol pada 3 perlawanan terakhir bersama United sebelum ini.

Marcus Rashford

Rashford sekali pasti akan menjadi harapan United untuk membuat larian dan menembusi pertahanan West Brom. Pemain sayap kiri United dan England ini sering menjadi nadi dalam serangan United. Rashford telah menjaringkan 8 gol dan 6 bantuan gol pada ketika ini. Walaupun dia bukanlah penjaring utama bagi United, tetapi dia merupakan watak utama United.

Wan Bissaka

Wan Bissaka merupakan pemain utama United yang mendapat kepercayaan Solskjaer pada ketika ini di posisi pertahanan kanan. Posisinya itu tidak pernah tergugat. Bissaka mempunyai kualiti ketika United bertahan dan mempunyai data statistik bagus ketika melakukan bentesan. Bissaka juga ada membantu bahagian serangan United hasilnya dengan 2 gol dan 2 bantuan gol untuk rakan sepasukan.

Harry Maguire

Satu-satunya pemain yang tidak pernah digugurkan oleh Solskjaer dalam 23 perlawanan United pada musim ini. Dia telah bermain selama 2070 minit untuk penampilannya bersama United. Maguire merupakan nadi utama di bahagian pertahanan United. Kapten United ini sentiasa memastikan barisan pertahanan United bermain dengan baik sepanjang perlawanan.