5 Perkara Yang Perlu Diperbaiki Selepas Tewas Kepada West Ham

0

Baru-baru ini, Manchester United telah tersingkir dari kejohanan Piala Carabao selepas Tewas 0-1 di tangan West Ham United di Old Trafford. Berikut merupakan 5 Perkara Yang Perlu dititik beratkan selepas ini:

Para Pemain Perlu Segera Bangkit

Kesebelasan utama United awal pagi tadi telah dibarisi 4 muka baru yang baru sahaja mendapat minit permainan sejak awal musim lagi. 2 pemain pula baru membarisi kesebelasan utama dan
2 lagi telah memulakan satu perlawanan sebelum ini. Seperti yang sudah dijangka, perlawanan ini sedikit sukar untuk skuad kedua United terutamanya di bahagian pertahanan. Hal ini kerana hanya Victor Lindelof seorang sahaja pemain yang telah bermain sebelum ini. Hal ini akan memberikan manfaat dan pengajaran kepada skuad kedua United ini untuk jangka masa panjang. Perlawanan ini juga bukan sekadar membuatkan pengurus memberikan mereka minit permainan sahaja tetapi memberikan mereka pengalaman yang baik.

Penalti Masih Dinafikan Untuk United

Sejak dari perlawanan hujung minggu lepas, sudah tiga kali penalti tidak memihak kepada skuad United walaupun jelas ada kekasaran yang berlaku kepada pemain United. United masih menunggu penalti pertama untuk musim baru ini. Dalam perlawanan lepas, Jesse Lingard telah ditarik oleh Mark Noble dalm kotak penalti tetapi tiada tindakan diambil oleh pengadil. Seperti biasa, tiada simpati yand diberikan oleh pengadil kepada pasukan United selepas menafikan sepakan penalti. Keadaan menjadi semakin menyakitkan hati penyokong United apabila insiden yang sepatutnya United boleh mendapatkan penalti, tetapi tidak diberikan oleh pengadil.

Kehadiran Juan Mata Tidak Memberikan Impak Untuk Tahun 2021

Juan Mata telah mencipta 3 serangan dalam perlawanan pagi tadi tetapi telah dikeluarkan pada minit ke-61. Pertukaran dengan Mason Greenwood dilihat membuahkan hasil selepas pemain muda ini mencipta lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol. Perkara yang kurang enak dengan kehadiran Mata dalam pasukan ialah dia telah menghalang pemain muda untuk menyerlah dalam perlawanan-perlawanan seperti ini. Hannibal Mejbri dan Shola Shoretire boleh bermain sekiranya Mata tidak digunakan dalam perlawanan tersebut. Kemungkinan Ole Gunnar Solskjaer mahu memberikan skuad yang ada dengan sedikit pengalaman dari Juan Mata tetapi tidak menjadi dan peluang tersebut kelihatan sia-sia sahaja.

Van de Beek Kelihatan Bagus

Donny Van de Beek telah dimasukkan dalam kesebelasan utama buat kali kedua dan telah memberikan persembahan yang agak baik. Ada juga kekurangan yang telah dia tunjukkan awal pagi tadi. Van de Beek dilihat telah mengabaikan Manuel Lanzini sehingga menyebabkan United bolos pada minit ke-9. Solskjaer perlu melihat peranan Van de Beek kurang berkesan sekiranya diletakkan sebagai pemain tengah bertahan. Dalam penguasaan bola pula, Van de Beek dilihat begitu bagus dalam menghantar bola dengan cantik dan juga berjaya menghubungkan bahagian pertahanan dan serangan dengan baik.

Peluang Mendakap Trofi Semakin Tipis

United memulakan musim ini dengan keazaman mahu mendapatkan 4 trofi tetapi kini berkurang kepada 3 trofi sahaja. Pada musim lepas, United dapat menjejakkan kaki sehingga separuh akhir tetapi kali ini tersingkir di peringkat awal. Hal ini juga menunjukkan United boleh fokus kepada 3 lagi kejuaraan yang tinggal. Secara dasarnya, United bermain dengan agak baik tetapi tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol penyamaan. United telah menghasilkan 27 serangan ke arah gol yang tidak membuahkan hasil. Perlawanan ini juga menyaksikan United tewas dengan keadaan yang mengecewakan dan peluang untuk menang piala yang mudah telah terlepas. Ia juga merupakan tempat bagi pemain-pemain ini untum mendapat minit permainan yang lebih baik.

Semoga United lebih bernasib baik dan lebih maju untuk perlawanan akan datang.

- Advertisement -