5 perkara utama yang kita pelajari selepas keputusan Man United 2 – 4 QPR

0

United telah mencatatkan keputusan mengecewakan pada hari Ole Gunnar Solskjaer menandatangani kontrak baru bersama United.

United mencatatkan kekalahan 2-4 kepada pasukan Liga Inggeris 2 (Championship) QPR pada malam tadi di Stadium Kiyan Prince Foundation.

Jom kita lihat kepada 5 perkara penting selepas perlawanan.

United dilihat tiada pilihan pemain di posisi bek kiri.

Sebelum sepak mula bermula, Solskjaer telah memastikan yang Alex Tellas tidak berada dalam kesebelasan pada hari ini disebabkan kecederaan.

Pemain pertahanan kiri Brazil ini dijangka tidak dapat bermain selama beberapa minggu dan bermakna dia tidak dapat menyertai baki perlawanan persahabatan untuk United.

Brandan William merupakan bek pertahanan kiri yang cergas ketika ini dengan Luke Shaw yang dikatakan bermain dalam keadaan cedera ketika Euro 2020 baru-baru ini.

Kita masih belum mengetahui betapa seriusnya kecederaan yang di alami Luke Shaw. Semuanye akan diketahui selepas dia hadir menjalani latihan bersama United nanti.

Namun Brandan William dikatakan akan dipinjamkan pada musim ini. Disebabkan pilihan pertahanan kiri yang minimum, berkemungkinan perkara ini tidak akan berlaku untuk awal musim ini.

Lingard begitu bersemangat

Selepas tamat perlawanan menentang Derby, Solskjaer telah mengakui yang Lingard bersedia untuk merebut tempat posisi dalam kesebelasan utama dan kekal bersama United pada musim ini.

Dia sentiasa aktif meminta bola dan membuat larian sepanjang perlawanan. Pemain kebangsaan England ini telah mempamerkan pengalaman sebagai pemain senior dan dilihat begitu bersedia untuk bermain diposisi no10 United.

Larian Elanga menjadi ancaman

Anthony Elanga merupakan salah seorang dari 4 pemain yang dibawa masuk pada separuh masa kedua.

Ketika United sedang bertahan ketika serangan sepakan penjuru pasukan lawan, united berjaya melakukan serangan balas pantas menerusi Elanga.

Namun Elanga telah membuat sentuhan yang kuat untuk sentuhan pertamanya setelah membuat larian cantik.

Selepas itu, United sekali berpeluang menghasilkan gol menerusi larian Elanga. Dia berjaya melepasi barisan pertahanan dan membuat hantaran lintang kepada Greenwood yang mempunyai peluang menghasilkan gol, namun Elanga berada dalam kedudukan offside.

Pada kedudukan dibelakang 1-3, Elanga sekali lagi berjaya membuat larian cantik namun tendangannya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol.

Akhirnya, Elanga berjaya menjaringkan gol ke-2 selepas ketinggalan 1-4. Elanga berjaya mengawal bola dengan tenang walaupun ada pertahanan yang cuba menghampirinya lalu melepaskan tendangan gol di sudut sebelah kiri penjaga gol.

Elanga hampir berjaya mencipta ‘assist’ untuk Joe Hugill selepas hantaran lintangnya begitu kuat tidak berjaya disentuh masuk oleh Joe.

Perlawanan persahabatan yang sebenar

Perlawanan menentang QPR merupakan perlawanan yang bagus untuk persediaan pemain.

QPR berjaya mempamerkan aksi berkualiti dalam memberikan tekanan kepada pasukan United.

Disamping kehadiran para penyokong QPR yang ramai merancakkan lagi suasana di stadium seperti perlawanan sebenar.

QPR dilihat lebih mempunyai kecergasan yang lebih baik daripada para pemain United kerana sering memberikan tekanan kepada pemain-pemain United. Mereka dilihat tidak memberikan ruang kepada pemain United untuk memegang bola dengan lebih lama dalam merencanakan serangan.

United gagal membuat permainan dengan baik daripada kawasan pertahanan United sendiri. Lyndon Dykes dan Charlie Austin sentiasa memberikan tekanan kepada pertahanan United disamping sokongan daripada pemain-pemain tengah yang dilihat mempunyai gaya permainan dan skill yang baik.

Perlawanan persahabatan ini menjadi ujian baik untuk menguji kecergasan pemain. Keputusan perlawanan mungkin tidak mengapa pada ketika ini, namum kemenangan dapat memberikan motivasi yang positif kepada para pemain.

Tengah hari yang mencabar untuk pemain muda

Satu keputusan kekalahan tidak menunjukkan kegagalan kepada pasukan muda ini. Namun melepaskan 4 gol kepada liga bawahan sedikit agak memeritkan bagi peminat.

Apa matlamat Solskjaer adalah untuk melihat karakter dan personaliti pemain-pemain muda diberi peluang ketika bermain. Mereka dilihat begitu bersemangat untuk bermain walaupun United ketinggalan 1-4 pada satu ketika. Mereka bermain tanpa rasa takut dan gementar dan berusha untuk menyamakan kedudukan.

- Advertisement -