5 pemain yang masih meneruskan latihan walaupun ketika sesi latihan telah tamat

0 2

Bruno Fernandes memberitahu ada 5 pemain United yang telah meneruskan latihan walaupun ketika sesi latihan telah tamat termasuk dirinya. Pemain berusia 26 tahun ini telah dibawa masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol kemenangan untuk United menempah kejayaan 3-2 ke atas Liverpool.

Bruno telah melakukan latihan tambahan untuk sepakan percuma ketika sesi latihan walaupun dia mengetahui yang dia tidak akan diturunkan pada perlawanan tersebut. Yang menariknya, bukan dia seorang yang meneruskan latihan sendirian tersebut, tetapi ade rakan yang lain sertainya. Pengurus Ole Gunnar Solskjaer terpaksa mengarahkan supaya mereka ini pulang disebabkan kesungguhan mereka melakukan latihan walaupun sesi latihan telah tamat.

Bruno berkata, ‘Hampir setia hari dia (Solskjaer) telah memberitahu dia untuk menghentikan latihan dan pulang ke rumah. Saya telah biasa dengan keadaan tersebut. Saya sangat suka melihat dan saya juga mempelajari sepakan percuma yang dilakukan oleh Juan Mata. Dia merupakan pakar sepakan percuma. Selepas sesi latihan tamat, kami akan tunggu bersama. Selain itu, turut sertai kami adalah, Alex Telles, Rashford dan Fred.’

Bruno mengakui dia bukanlah orang utama untuk ditugaskan sebagai orang yang akan melakukan sepakan percuma walaupun dia mempunyai ketepatan yang tinggi ketika melakukan percubaan. Bruno berkata,’Jika sepakan percuma pada jarak jauh, Rashford adalah orang yang layak mengambilnya. Saya meraskan dia selesa dengan jarak tersebut. Tetapi untuk jarak dekat, saya rasa saya boleh melakukannya. Tetapi jika Juan Mata atau Alex Tellas berada di dalam padang, meraka adalah orang yang selayaknya.’

‘Kami mempunyai pemain-pemain yang berkualiti dalam melakukan sepakan percuma. Ia bergantung pada situasi perlawanan tersebut. Jika anda yakin untuk melakukkannya anda harus melaksanakan tugas itu. Pada perlawanan baru-baru ini, nasib menyebelahi saya.’