5 Lagenda Jerman perkatakan mengenai Jadon Sancho

0

Perpindahan Jadon Sancho ke United semakin hampir. Menurut laporan BILD, kedua-dua pasukan di antara United dan Dortmund berada dalam fasa terakhir perbincangan.

Sancho kini berada bersama pasukan England ketika perbicangan mengenai perpindahannya sedang berlangsung.

Pada musim lepas, di liga Bundes, Sancho telah mempamerkan aksi yang mantap bersama Dortmund. Persembahan Sancho telah mendapat perhatian lagenda-lagenda pemain Jerman. Di antaranya penjaga gol lagenda Jerman, Oliver Kahn yang merupakan presiden untuk pasukan Bayern Munich.

Kahn berkata kepada Sky Sport Jerman,”Dia mempunyai kualiti sebagai seorang pemain yang bagus dengan karakter yang ada sekarang. Dortmund sangat bertuah kerana mempunyai pemain seperti Sancho.”

Selain itu, bekas ketua pasukan Jerman, lagenda Lothar Matthaus ada memberi pandangan mengenai Sancho,”Saya lihat dia buat pertama kalinya pada kejohanan bawah 17 tahun Piala Eropah 2019. Ketika waktu itu untuk membelanjakan wang dengan nilai yang rendah dari kelab England bagi seorang pemain muda merupakan satu bonus.”

Matthuas bersetuju dengan keberanian Sancho untuk bermain di Liga Bundes kerana ia akan membuka mata pemain-pemain muda untuk bermain di luar England. Contohnya Jude Bellingham yang kini bermain bersama Sancho di Dortmund.

Sementara itu, Pemain bintang Bayern Munich, Thomas Muller juga ada menyuarakan pendapatnya mengenai Sancho. Dia sering kali berhadapan dengan Sancho dalam kancah Bundes liga dan dia sangat kagum dengan pemain muda ini.

“Sancho merupakan seorang pemain yang hebat. Dia mempunyai teknik ‘dribble’, ‘pace’ dan ‘skill’ yang mantap. Ada beberapa pemain dalam liga kami mempunyai kualiti seperti Sancho tetapi ‘decision making’ yang dipunyai Sancho amat berharga.”

Seterusnya, orang kuat pasukan Sancho sendiri, Matthias Sammer. Dia merupakan penasihat teknikal bagi pasukan Dortmund. Dia di antara watak utama yang inginkan Sancho menjadi lebih bagus. Dia tahu dengan kualiti yang Sancho ada, dia akan menjadi pemain yang disegani pada masa akan datang.

Dia juga berkata Sancho masih lagi muda, dia masih dalam pembelajaran dan sedang meningkatkan lagi mutu permainan serta kualiti sebagai seorang pemain. Dia belum benar-benar menjadi seorang pemain yang ‘complete’. Ada kemungkinan perkara ini menjadi faktor mengapa dia masih lagi belum mendapat tempat dalam kesebelasan utama England.

Sammer bercakap di Fussball Europa pada Mac lepas,”Ada kala kita nampak seperti dia sudah cukup bagus, Tapi hakikatnya dia masih perlu meningkatkan prestasinya untuk beberapa perkara. Dia (Sancho) akan tahu gol dan ‘assist’ adalah perkara penting bagi seseorang pemain di bahagian serangan. Tetapi dalam situasi tertentu anda harus belajar lagi contohnya, anda harus mendapatkan bola semula jika bola itu hilang daripada kawalan anda. Sebagai contoh.”

Manakala, rakan sepasukan Sancho di Dortmund, Mats Hummel percaya kerja keras Sancho akan membantu dia menjadi seorang pemain yang hebat pada masa akan datang.

“Dia sentiasa berlatih dengan latihan-latihan berbeza untuk sepanjang beberapa bulan lepas. Dia juga kerap ke Gym untuk memantapkan fizikal badannya. Semua ini sangat membuahkan hasil.
Inilah perkara-perkara sebagai seorang pemain di bahagian serangan, anda harus sentiasa belajar dan berusaha kerana anda masih muda.”

Sancho hadir ke Jerman sebagai seorang pemain muda yang biasa. Pada usia 21 tahun dia sudah bernilai jutaan pound. Terpulang kepada United untuk menjadikan dia sebagai seorang pemain bintang.

- Advertisement -