Berita Terkini

5 Era Taktikal Berbeza dari Ole Gunnar Solskjaer: Siri 3 โ€“ Era Pengurus Tetap

C619f132 86af 411c 8ee8 D181bb3aca1d 1200x900

Ole Gunnar Solskjaer telah mengendalikan Manchester United selama dua tahun dan beliau sudah melalui lima era taktikal yang berbeza. Kupasan ini adalah siri ketiga dan era kedua taktikal Solskjaer di Manchester United. Tulisan ini ditulis berdasarkan analisis yang dibuat oleh Pauly Kwestel berdasarkan kelima-lima era taktikal di bawah Ole Gunnar Solskjรฆr.

  • Tempoh: Februari 2019 (menentang Crystal Palace di tempat lawan) – Mei 2019 (menentang Cardiff di laman sendiri)
  • Formasi asas: Tiada
  • Pemain Paling Bermanfaat: Tiada. Mungkin juga Luke Shaw?
  • Pemain Kedua Menonjol: Scott McTominay?

Terdapat beberapa titik masa yang berbeza yang akan digunakan oleh orang ramai ketika semuanya tidak menjadi untuk Ole Gunnar Solskjaer: kecederaan dalam perlawanan menentang Liverpool, kekecewaan selepas kemenangan di Paris, malah mungkin ketika melantik beliau sebagai pengurus tetap. Sebenarnya, “momen” itu terjadi lebih awal lagi. Bagi Solskjaer, semuanya berubah dalam satu separuh masa pertama. Ia mrnyebabkan gaya permainan dan taktik beliau diabaikan dan beliau perlu kembali ke langkah pertama.

45 minit itu muncul dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara apabila United menentang Paris Saint Germain ketika Jesse Lingard dan Anthony Martial mengalami kecederaan otot. Sebenarnya, rekod menyatakan yang kedua-dua pemain ini tidak mencatatkan jaringan gol tetapi kadar kerja (work rate) dan tekanan (pressing) mereka adalah penting bagi kejayaan United.

Pemain yang menggantikan mereka berdua adalah Alexis Sanchez dan Juan Mata yang lebih tua. Dua pemain yang sudah hilang kepantasan larian yang diperlukan untuk memberi tekanan (pressing) kepada pemain lawan. Hasilnya, pada babak kedua United tidak berpeluang untuk mendapatkan gol dan seharusnya menganggap mereka bernasib baik kerana berjaya menamatkan perlawanan hanya dengan ketinggalan 2-0.

Lebih mengeruhkan situasi, seminggu kemudian Nemanja Matic mengalami kecederaan otot sebelum perlawanan United menentang Liverpool. Semua orang ingat apa yang berlaku pada hari itu. Ander Herrera turun bermain selama 21 minit, digantikan pula oleh Andreas Pereira. Empat minit kemudian, Juan Mata digantikan oleh Lingard yang baru sahaja pulih dari kecederaan hamstringnya. Walau bagaimanapun, selepas bermain lebih kurang dari 20 minit, beliau kembali cedera dan digantikan oleh Alexis Sanchez.

Tetapi yang tidak diingati oleh kebanyakan orang adalah kecederaan yang memberi kesan terbesar pada musim United. Ia terjadi pada awal permainan ketika Marcus Rashford dicederakan pergelangan kakinya melalui terjahan Jordan Henderson. Perkara ini berlaku sebelum kecederaan-kecederaan yang lain berlaku. Kelihatan seperti Rashford akan direhatkan tetapi tidak. Sepanjang perlawanan , pengulas permainan Martin Tyler dan Gary Neville tertanya-tanya bilakah Rashford akan dikeluarkan. Pergerakan Rashford sangat terhad namun pada separuh masa kedua, beliau masih lg diturunkan, mungkin kerana United sudah menggunakan ketiga-tiga pemain gantian. Rashford mungkin berada di atas padang pada babak kedua, tetapi United pada dasarnya bermain dengan 10 orang kerana Rashford tidak melakukan lebih dari sekadar berdiri di bulatan tengah. Selepas itu, Rashford hanya akan terlepas satu perlawanan tetapi beliau tidak dapat bermain seperti sebelum kecederaan itu. Kecederaan pergelangan kakinya jelas mengganggunya sepanjang musim tersebut dan ini sangat mempengaruhi bagaimana Solskjรฆr dapat menggunakannya.

United ‘dijatuhkan’ oleh kecederaan pemain yang disebabkan oleh intensiti latihan dan gaya permainan yang Solskjaer ingin terapkan. Hal ini diakui sendiri oleh Solskjaer.

training-under-solskjaer

Solskjaer berjaya bertahan dengan beberapa kemenangan berturut-turut menentang Crystal Palace, Southampton, dan kemenangan di Paris. Tetapi dengan empat daripada enam pilihan pertamanya untuk bermain di hadapan mengalami kecederaan, sudah tiba masanya untuk beliau memikirkan semula taktikal yang sesuai untuk mendapatkan yang terbaik dari pasukan ini.

Pada masa inilah taktik Solskjaer mula dipersoalkan. Naratif ‘Ole tidak tahu (Ole Clueless) atau tidak mempunyai apa-apa taktik’ berlaku. Sejujurnya, pada ketika itu, ada benarnya.

Tidak ada formasi dominan atau formasi asas yang digunakan selepas itu. Beliau mengubah formasi/taktikal berdasarkan permainan demi permainan. Beliau menggunakan 4-4-2 berlian dengan Juan Mata di bahagian atas ketika menentang Liverpool tetapi 4-3-3 ketika menentang Crystal Palace beberapa hari kemudian. Kemudian Alexis Sanchez bermain sebagai 9 jadian dalam formasi 4-3-3 menentang Southampton.

04ef0f70-1647-40fa-97cd-38a8027d0721_1008x1266

Perlawanan di Paris menyaksikan United tampil dengan formasi klasik 4-4-2. Kemudian, beliau menggunakan Paul Pogba sebagai no. 10 dalam formasi 4-2-3-1 dalam kekalahan memalukan di tangan Everton. Selepas itu, beliau meletakkan pertahanan berlima tiga hari kemudian di laman Manchester City.

28cd08e4-487f-4687-a488-e598d7c587bb_1026x1280

Walau apapun formasi yang beliau gunakan, ia adalah untuk memungkinkan beliau menggunakan 2 orang penyerang yang ada iaitu Romelu Lukaku dan Marcus Rashford, walaupun Rashford masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan kakinya. Paul Pogba adalah pemain utama di bahagian tengah tetapi dua tempat lain berlegar-legar antara Matic, Herrera, Fred, McTominay dan juga Andreas Pereira.

2359e75b-3692-46af-ba07-009b54ed197e_1020x1280

Dari luar amat mudah untuk menyatakan bahawa Solskjaer tidak tahu apa yang dia lakukan, atau bahawa dia tidak tahu pasukan terbaiknya. Pada hakikatnya, beliau terdesak untuk mendapatkan pasukannya berfungsi dengan baik tetapi tidak akan berjaya. Dengan Matic dan Herrera mengalami kecederaan, United tidak memiliki pemenang bola di bahagian tengah untuk melakukan kerja pertahanan dan menghantar bola ke Pogba. Walaupun apabila Matic kembali dari kecederaan, Fred dan McTominay tidak dapat melakukan apa yang dilakukan oleh Herrera untuk memastikan Pogba mendapat bola.

Untuk mengatasi masalah ini, Pogba sering kali turun jauh ke bawah dan melakukan hantaran-hantaran jauh mencari Rashford. Inilah yang seringkali dilakukan pada ketika itu. Semasa perlawanan menentang Everton, Solskjaer mencuba segalanya sehinggakan pada babak kedua beliau menurunkan Pogba di sebelah Matic dan meletakkan McTominay di sayap kanan 4-4-2!

Setelah Solskjaer menjadi pengurus sepenuh masa, Ander Herrera pula bakal meninggalkan United pada akhir musim ke PSG. Solskjaer kemudian mengambil sikap “Saya yang akan berada di sini tahun depan dan bukannya anda,” dan secara berkala merehatkan pemain Sepanyol itu ketika beliau berusaha untuk menilai skuad yang beliau ada untuk musim depan. Walau bagaimanapun, ketika Chelsea mengunjungi Old Trafford dan kelayakan Liga Juara-Juara masih hidup, Herrera kembali semula ke kesebelasan utama.

208211db-479c-491b-813f-5aa0934d8d1b_1022x1276

Walaupun pemain seperti Lingard dan Martial kembali dari kecederaan, jelas mereka tidak 100 peratus cergas. Dengan keadaan pemain yang tidak cergas, cedera, atau tidak menentu, United tidak dapat menekan (pressing) sebanyak yang mereka inginkan. Dengan pasukan yang terdiri daripada sekumpulan pemain yang kebanyakannya ‘cukup makan’, mereka tidak dapat melakukan banyak perkara.

Atas pelbagai sebab – terutamanya hakikat bahawa semua orang cedera dan kehabisan tenaga – tidak ada pemain tertentu yang menonjol sepanjang tempoh ini. Marcus Rashford hanya menjaringkan satu gol selepas penalti menentang PSG. Martial juga berjaya mendapatkan satu gol. Lukaku tidak mendapatkan gol langsung. Ini adalah pasukan yang bermain lebih dari 530 minit tanpa menjaringkan gol dari permainan terbuka.

Beralih pula kepada Scott McTominay. Perkara โ€˜rasmiโ€™ pertama yang dilakukan oleh Solskjaer sebagai pengurus United ialah memberi kontrak baru kepada McTominay. Hal ini sangat bertentangan dengan ‘layanan’ beliau terhadap pemain itu. McTominay jarang diturunkan dalam kesebelasan utama. Dalam lapan perlawanan Liga Perdana, Mctominay hanya diturunkan sekali sahaja. Ketika McTominay turun menentang Liverpool, beliau hanya bermain 108 minit sejak Solskjaer mengambil alih pengurusan United. Kekurangan waktu bermain McTominay pada Januari dan Februari memberinya sesuatu yang kekurangan pada rakan sepasukannya iaitu kecergasan. Terkenal dengan tenaganya, McTominay menjaringkan dua gol pertamanya untuk kelab pada dua bulan terakhir musim tersebut, tetapi beliau lebih menonjol kerana kelihatan seperti satu-satunya pemain United yang betul-betul berusaha.

Seterusnya adalah Luke Shaw. Solskjaer lebih kerap memilih penyerang berkembar dan Shaw ditugaskan untuk berperanan lebih menyerang untuk memberi peluang kepada United menjaringkan gol. Shaw memberikan tiga bantuan gol dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris selepas perlawanan Liverpool (0.38 bantuan gol setiap 90). Pada masa itu, xGA atau jangkaan bantuan gol juga meningkat kepada 0.26 bagi setiap 90, jauh lebih tinggi daripada purata kerjayanya. Persembahan yang baik dari Shaw membantunya untuk memenangi anugerah Fan’s Player of the Year dan Player’s Player of the Year. Walaupun hakikatnya, tidak banyak calon yang layak untuk memenangi kedua-dua anugerah tersebut.

Akhirnya, musim tersebut berakhir dan sudah tiba masanya untuk mempersiapkan pasukan untuk musim depan. Ada perkara-perkara tertentu yang jelas bagi Solskjaer dan beberapa persoalan tertentu yang perlu dijawab.

Ander Herrera bakal pergi, dan United tidak mempunyai pengganti untuknya. Ini bermakna formasi 4-3-3 yang begitu berjaya sebelum itu tidak akan berjaya. Selepas permulaan yang cemerlang, Marcus Rashford menunjukkan bahawa dia sebenarnya bukan pemain penyerang di hadapan. Lebih membimbangkan adalah tidak lama selepas Solskjaer menjadi pengurus tetap, Anthony Martial juga menandatangani kontrak baru untuk lima tahun, tetapi pemain Perancis itu hanya dapat menjaringkan dua gol sepanjang kehadiran Solskjaer.

Sama seperti United yang bermain pada waktu itu, sistem yang digunakan tidak mendapat yang terbaik dari Martial. Namun, yang menimbulkan sedikit masalah pada ketika itu ialah kelab baru sahaja mendapatkan komitmen jangka panjang dari Martial. Solskjaer perlu memikirkan sesuatu berkenaan hal ini dan banyak hal lain lagi. Beliau hanya mempunyai beberapa minggu untuk sahaja untuk melakukannya iaitu semasa rehat musim panas dan pra musim.

Seterusnya – Era ketiga: Martial Sebagai No 9

Ikuti sambungan kupasan ini dalam tulisan seterusnya.

Kredit: Pauly Kwestel, penganalisis taktikal dan data bola sepak.

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

|BMU-Pinjaman |

Fabrizio Romano melaporkan bahawa kelab Bundesliga Eintracht Frankfurt memutuskan untuk tidak mengaktifkan  klausa pembelian untuk pemain tengah Manchester United Donny Van De Beek.

Kelab itu dilaporkan akan mengembalikan pemain tengah itu ke Old Trafford kerana prestasi pemain tengah itu masih jauh di bawah jangkaan mereka. 

Frankfurt menganggap pemain tengah itu tidak sesuai untuk pasukan mereka Jadi mereka telah membuat keputusan untuk menghantarnya pulang musim panas ini. 

#BMU03

|BMU-Pinjaman |

Fabrizio Romano melaporkan bahawa kelab Bundesliga Eintracht Frankfurt memutuskan untuk tidak mengaktifkan klausa pembelian untuk pemain tengah Manchester United Donny Van De Beek.

Kelab itu dilaporkan akan mengembalikan pemain tengah itu ke Old Trafford kerana prestasi pemain tengah itu masih jauh di bawah jangkaan mereka.

Frankfurt menganggap pemain tengah itu tidak sesuai untuk pasukan mereka Jadi mereka telah membuat keputusan untuk menghantarnya pulang musim panas ini.

#BMU03
... See MoreSee Less

2 hours ago

49 CommentsComment on Facebook

Bagi loan kat arsenal..

simpan dia ni bgi dia main role bruno..dia ada kelebihan key pass killer..box to box..cuma dia kena berusaha lebih utk jadi yg terbaik

Player ni kadang2 bukannya tak bagus. Cuma tak sesuai dengan taktikal & kehendak pengurus. Kalau lepas ni tukar pengurus lagi, bersedia la 'reset' balik pasukan.

Load More

โœจ๐——๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐——๐˜‚๐—ฏ๐—น๐—ถ๐—ป ucapkan Selamat ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ kepada semua!๐ŸŒ™

โšฝLihat Dion Dublin beraksi, kerana Manchester Reds dan Liverpool Reds bertemu di atas padang! Kuatkan semangat anda untuk perlawanan yang mengujakan!

Perlawanan semakin dekat, pautan tiket: www.ticket2u.com.my/event/34323?r=bmum&fbclid=IwAR10ji8jz3wjeiLoqbMS0QfvuA3dZfvem76sfS-tZ58-qOx0p...

Ikuti @allstarsports untuk maklumat lanjut.

Anda berpeluang menyertai Klinik Bola Sepak bersama Lagenda

๐Ÿ—“ Butiran Klinik Bola Sepak:

Tempat: BB Sports Park, Jalan Melawati 3, Taman Melawati, Kuala Lumpur
Tarikh: 26 April 2024 (Jumaat)
Masa: 3:30 petang (tiba satu jam lebih awal untuk daftar masuk)

Ayuh dapatkan tiket anda sekarang untuk berpeluang menjadi sebahagian daripada pengalaman Bola Sepak yang tidak dapat dilupakan ini!๐ŸŒŸ

#AllStarSports
#BattleOfTheRedsKL
#WeWontStop
#RedDevils
#Kopites #BMU #BMUMALAYSIA #GGMU #MANUTD
... See MoreSee Less

3 hours ago