Berita Terkini

5 Era Taktikal Berbeza dari Ole Gunnar Solskjaer: Siri 1 – Pengenalan

20210115 110723

Ole Gunnar Solskjaer telah mengendalikan Manchester United selama dua tahun dan beliau sudah melalui lima era taktikal yang berbeza. Kupasan ini ditulis berdasarkan analisis yang dibuat oleh Pauly Kwestel berdasarkan kelima-lima era taktikal di bawah Ole Gunnar Solskjær.

Ole Gunnar Solskjaer telah diberikan kontrak tiga tahun sebagai pengurus tetap Manchester United dan ramai juga yang menyatakan yang beliau terlalu cepat diberikan peranan tersebut. Dalam beberapa bulan pertama, Solskjaer telah membuktikan kemampuannya untuk mengendalikan media, mengendalikan pemain dan menunjukkan bahawa beliau secara taktikal, cukup cerdas dan cukup fleksibel untuk menangani kesukaran dan cabaran dalam mengendalikan Manchester United.

Penulis juga merasakan yang United agak tergesa-gesa memberikan tugas tetap tersebut kepada Solskjær – dua minggu selepas kemenangan besarnya di Paris. Tetapi, adakah menunggu hingga tamat musim akan mengubah kedudukan United pada penghujung musim tersebut? Rasanya tidak. Namun, keputusan akhir musim tersebut mungkin mampu mengubah keputusan Ed Woodward untuk mempertimbangkan pelantikan Mauricio Pochettino, sebagaimana yang diharapkan oleh ramai peminat.

‘Kebencian’ terhadap Solskjaer tidak pernah hilang dan pada dasarnya memberi tekanan kepada Solskjaer sejak musim panas pertamanya bertugas di United. Bagi peminat yang mahukan Pochettino, sebarang kesilapan dari Solskjaer adalah bukti bahawa beliau tidak cukup bagus. Keciciran mata terhadap kelab-kelab yang lebih kecil menyebabkan naratif popular bahawa “Solskjaer tidak mempunyai taktik” dibentuk.

Untuk menyatakan Solskjaer tidak mempunyai taktik atau naif secara taktik adalah agak melucukan. Beliau sebenarnya bijak menyesuaikan pasukan mengikut situasi.

Sepanjang dua tahun Solskjær di United, beliau kini mempunyai lima era taktikal yang berbeza, di mana beliau mengatur pasukan untuk bermain dengan cara tertentu. Lima mungkin terlalu banyak memandangkan tempoh beliau berkhidmat, tetapi amat diperlukan kerana kecederaan kepada pemain-pemain penting United.

Dalam lima bahagian seterusnya, kita akan menyelami setiap era taktikal Solskjaer yang berbeza. Pada peringkat makro terdapat beberapa tema yang sangat jelas. Setiap era mempunyai pemain yang sesuai dengan sistem dan dengan itu bintang mereka bersinar terang.

Namun begitu, seperti ketika era Louis van Gaal dan Jose Mourinho, United digambarkan sebagai satu pasukan yang tidak dapat membentuk satu ‘puzzle’ dengan sempurna kerana United telah menandatangani banyak pemain berbakat tetapi tidak sesuai bermain bersama atau United tidak tahu bagaimana menggunakannya. Masalah itu telah berlanjutan ke era Ole Gunnar Solskjaer.

United masih lagi satu ‘puzzle’ yang belum lengkap. Itu adalah salah satu penyebab terbesar mengapa Solskjaer suka ‘bermain-main’ dengan formasi dan taktikal dan mengapa United, setelah dua tahun, nampaknya tidak mempunyai gaya permainan yang konsisten.

Itulah yang ingin kami terokai dan kami akan mulakan dengan Bahagian I – Fasa Pengurus Sementara.

Ikuti sambungan kupasan ini dalam tulisan seterusnya.

Kredit: Pauly Kwestel, penganalisis taktikal dan data bola sepak.

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245,259

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14
... See MoreSee Less

24 hours ago

16 CommentsComment on Facebook

bruno atau mainoo gotm bulan april 💯

April gol maino lwn lipop

Player terbaik bulan ini

Load More

| BMU - Informasi Semasa |

Harry Maguire dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Coventry City Ahad ini. Ia susulan daripada spekulasi yang ditimbulkan selepas Maguire tidak dikesan menyertai sesi latihan semalam bersama skuad utama. (Samuel Luckhurst, X)

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Informasi Semasa |

Harry Maguire dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Coventry City Ahad ini. Ia susulan daripada spekulasi yang ditimbulkan selepas Maguire tidak dikesan menyertai sesi latihan semalam bersama skuad utama. (Samuel Luckhurst, X)

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

2 days ago

27 CommentsComment on Facebook

Somehow sekarang ni bila dia ada,rasa lega sikit dengan pertahanan.

Tak pernah terduga aku lega bila Maggy available this weekend. Dulu tak cukup tanah aku merempan tgk nama dlm starting xi. Sorry Mag byk kecam bro dulu...manusia mana kan tak buat kesilapan 🤣 Tapi kalau buat kelakar kat Wembley, awas ya!!

Geng2 mcm Rashford Sancho bleh tgk Maguire ni.. kena tarik captaincy, kena kecam teruk oleh 1 Dunia, bukan fans mu je.. tpi still improve and improve... Kdg2 ada mistake jugk, tpi still.. much better drpd sblum ni.. bola kt udara tu, mmg dia lh king

Load More