40 juta pound untuk membawa masuk Varane ke United

Raphael Varane menolak tawaran kontrak baru Real Madrid.

Images/Getty Images
0 108

Manchester United, di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, dilihat sudah bersedia untuk membawa masuk pemain baru dalam jendela perpindahan musim panas tahun 2021 dan tumpuan sekarang adalah pada bahagian pertahanan.

Seperti mana yang kita ketahui, Solskjaer sedang mencari gandingan di bahagian bertahanan bersama dengan Harry Maguire, setelah dia tidak begitu selesa dengan persembahan Eric Bailly atau Victor Lindelof ketika digandingkan bersama dengan kapten Manchester United secara berkala.

Oleh itu, nama Raphael Varane, merupakan pemain antarabangsa Perancis yang bermain untuk Real Madrid, dilaporkan menjadi sasaran utama United. Khabar angin mengenai peluang untuk Varane ke Old Trafford semakin hampir selepas pemain tersebut itu dikhabarkan telah menolak tawaran kontrak baru bersama dengan pasukan Real Madrid.

Varane, yang mempunyai baki kontraknya sehingga tahun 2022 berkemungkinan akan meninggalkan Real Madrid secara percuma jika Real Madrid tidak mahu menjualnya pada akhir musim ini.

Dalam pada itu, Daily Mail juga ada melaporkan bahawa Manchester United juga bersedia membuat tawaran rasmi sebanyak 40 juta pound untuk membawa Varane ke kota Manchester. Walau bagaimanapun, tidak mungkin Real Madrid akan menerima tawaran pertama tersebut, kerana harga yang ditawarkan terlalu rendah untuk pemain berkualiti seperti Varane.

Menurut harga pasaran semasa, mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan Varane perlu menyediakan sekurang-kurangnya 60 juta pound.