4 sebab mengapa Ronaldo boleh kembali ke United

Terdapat khabar angin bahawa Cristiano Ronaldo kini menjadi sasaran Manchester United.

Getty Images/Ross Kinnaird
0

Ronaldo kini masih mempunyai kontrak bersama Juventus sehingga 2022. Namun, dikhabarkan bahawa penyerang Portugal itu bakal meninggalkan kelab tersebut. Perkara ini berlaku berkemungkinan disebabkan kemerosotan prestasi pasukan Juventus pada musim ini.

Duka itu berterusan apabila meraka telah kehilangan gelaran Serie A dan tersingkit daripada kejohanan Liga Juara-Juara Eropah.

Selain itu, terdapat juga usaha mengusirnya dari kelab gergasi Itali itu. Selain khabar angin untuk kembali ke Real Madrid, ada juga berita bahawa Manchester United telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Ronaldo sekali lagi.

Ketika bersama Manchester United, Ronaldo telah menjaringkan 118 gol dalam 292 penampilan, dan menghadiahkan tiga gelaran Liga Perdana Inggeris, 1 Liga Juara-Juara Eropah, dan 1 Piala Dunia Kelab-Kelab. Asbab prestasi cemerlang tersebut, Ronaldo telah memenangi Ballon d’Or pertamanya pada tahun 2008.

Kegagalan Juventus

Juventus membawa masuk Ronaldo pada tahun 2018, dengan harapan berjaya di Eropah. Walau bagaimanapun, rancangan itu tidak berjaya seperti yang diharapkan. Sejak kehadiran Ronaldi dari Real Madrid, Ronaldo gagal membawa Juventus pergi jauh di saingan Liga Juara-Juara Eropah. The Old Lady pada musim ini tersingkir di peringkat suku akhir.

Tetapi, Ronaldo berjaya membantu Juventus memenagi gelaran Serie A pada sebelum ini. Namun, pada musim ini Juventus berada pada kedudukan keempat liga di belakang Inter Milan, AC Milan dan Atlanta.

United mampu membayar gaji Ronaldo

Ronaldo kini dibayar 31 juta euro setiap musim di Juventus. Nilai tersebut memberi kesukaran kepada kelab-kelab lain untuk membawa Ronaldo ke kelab mereka. Di tambah pula dengan keadaan musim Covid-19 ini kebanyakan kelab-kelab besar sedang mengalami krisis kewangan.

Namun, Real Madrid dilaporkan bersedia menandatanganinya. Los Blancos jelas mampu membayar gaji yang diterima Ronaldo sebanyak itu. Namun, Presiden Florentino Perez telah menjelaskan bahawa Madrid tidak akan merekrut Ronaldo. Oleh yang demikian, hanya United yang berpeluang memenuhi gaji penyerang Portugal itu.

United sedang mencari penyerang baru

Saat ini, United sedang giat untuk mendapatkan penyerang baru, dikala keputusan Cavani untuk kela bersama United masih lagi menjadi perosalan. United kini mempunyai Marcus Rashford, Mason Greenwood, Anthony Martial, dan Edinson Cavani di barisan serangan. Cavani, Penyerang Uruguay itu dikhabarkan akan hijrah ke Boca Juniors.

Dan Ronaldo menjadi calon yang utama jika direkrut MU. Walaupun usianya sudah menjangkai 36 tahun, penyudah ketajamannya dihadapan gol masih belum hilang, di mana Ronaldo telah menjaringkan 32 gol pada musim ini. Adapun ketika dulu di United, Ronaldo berjaya mencatatkan 118 gol dari 292 penampilan.

Peminat United amat merindui Ronaldo

Alasaan terakhir mengapa Ronaldo berkemungkinan akan kembali ke Manchester United adalah disebabkan peminat. Ronaldo diketahui masih menyukai kelab United.

Pada tahun 2014, Ronaldo mengakui bahawa dia masih berhubungan dengan semua pihak pengurusan United, dari pemain hingga kakitangan. Ronaldo berpendapat United seperti keluarganya.

Lebih-lebih lagi, United adalah kelab yang bermulanya karier cemerlangnya, setelah dibeli dari Sporting Lisbon. Tidak mustahil Ronaldo akan menutup kariernya di England dengan pakaian seragam United.

- Advertisement -