4 sebab mengapa peminat teruja untuk melihat aksi pra-musim

0

Manchester United akan memulakan perlawanan persahabatan pra-musim pada hari Ahad ini menentang Derby County.

Kebanyakan pemain utama United masih lagi belum hadir dalam sesi latihan pra-musim yang telah bermula pada 2 minggu lepas disebabkan tugasan bersama pasukan antarabangsa mereka dan mereka ini telah diberikan pelepasan bercuti selama 2-3 minggu.

Namun United masih lagi mempunyai nama-nama besar seperti Juan Mata, Mason Greenwood dan Nemanja Matic. Mari kita saksikan 4 sebab mengapa peminat teruja dengan aksi pra-musim pada musim baru ini.

Prestasi semasa England

Melihat kepada persembahan mantap dari pada pasukan England pada Euro 2020, persediaan pasukan United kali ini lebih teratur dan tersusun rapi jika dibandingkan musim lepas.

Peminat tidak sabar untuk menyaksikan pasukan United turun bermain dalam perlawanan persahabatan pada Ahad ini walupun United dijangka akan menurunkan barisan pemain muda dalam perlawanan tersebut.

Sokongan padu kepada pasukan England pasti akan memberikan sokongan moral kepada pemain-pemain United. Setelah lama tidak dapat hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan pasukan kegemeran mereka bermain, musim ini pasti akan menjadi kembali rancak.

Keceriaan dan senyuman yang dilemparkan oleh Ole Gunnar Solskjaer ketika seisi latihan pasti akan menterjemahkan sesuatu dalam perlawanan tersebut.

Rooney bertemu United

Ia akan menjadi perlawanan pertama Rooney menentang pasukan United sebagai seorang pengurus pasukan.

Ia sesuatu yang ganjil kerana melihat pemain yang memegang rekod penjaring terbanyak kelan menentang pasukan United. Rooney kini merupakan pengurus pasukan Derby County. Musim lepas merupakan musim yang mencabar bagi pasukan Derby. Rooney pasti berharap permulaan musim ini dengan perlawanan menentang United akan menaikkan semangat anak-anak buahnya.

Ada seorang lagi bekas pemain United dijangka akan bermain dalam perlawanan tersebut. Ravel Morrison bekas pemain akademik United. Dia mungkin akan diberikan peluang oleh Rooney untuk beraksi sebahagian daripada perlawanan tersebut. Ravel kini dalam tempoh percubaan di kelab tersebut.

Tom Heaton dijangka buat penampilan pertama

Kehadiran Tom Heaton mungkin tidak semegah seperti kehadiran Sancho ke United. Namun dia telah menampilkan aksi yang bagus sepanjang kariernya di luar sana pada sebelum ini. Jadi ada kemungkinan perlawanan menentang Derby bakal menjadi penampilan pertamanya bersama United selepas 11 tahun berhijrah dari United.

Heaton kini berlatih bersama pasukan utama United sejak minggu pertama sesi latihan dijalankan. Dia mungkin menghadapi kesukaran untuk menyaingi posisi penjaga gol United pada ketika ini yang dipegang De Gea dan Henderson. Namun pengalamannya pasti akan memberi manfaat kepada pasukan.

Pemain muda

Saingan perlawanan pra musim ini pasti akan menyaksikan pemain-pemain muda mendapat peluang. Ketiadaan pemain senior memberi ruang kepada pemain-pemain muda untuk merebut peluang yang singkat ini untuk mempamerkan aksi yang bagus sekaligus dapat mendapat perhatian pengurus pasukan.

Pemain seperti Will Fish, Teden Mengi dan Di’Shon Bernard akan bermain di posisi pertahanan, sementara Ethan Galbraith, Dylan Levitt dan James Garner akan berpeluang mengemudi kawasan tengah. Facundo Pellistri, Shola Shoretire, Joe Hugill dan Anthony Elanga pasti berpeluang untuk bermain di barisan serangan United.

Dijangkakan setiap pemain bakal mendapat peluang bermain selamam 45 minit permainan dan ia sudah cukup untuk melihat perkembangan semasa mereka sama ada bersedia atau sebaliknya. Pasti akan ada tekanan yang tinggi kepada pemain-pemain muda ini kerana masing-masing ingin membuktikan kualiti yang mereka ada untuk merebut slot tempat bermain dalam pasukan utama.

- Advertisement -