4 sebab mengapa Kylian Mbappe berkemungkinan boleh berhijrah ke Manchester United

0

Munurut ESPN, Manchester United merupakan salah satu pasukan yang akan cuba mendapatkan Klian Mbappa pada musim hadapan. Laporan ini seperti tidak logik jika kita fikirkan pada ketika ini, tetapi ada beberapa sebab tertentu mengapa perpindahan ini berkemungkinan boleh berlaku. United boleh mencuba membawa masuk pemenang Piala Dunia ini pada musim hapadan.

Kylian Mbappe akan menjadi ejen bebas pada musim hadapan. Ini adalah sebab utama mengapa United boleh mendapatkan Mbappe. Namun, pasti ada nilai tertentu untuk perpindahan ini dan juga gaji lumayan yang harus United membelanjakan. Tetapi, perpindahan percuma ini lebih mudah untuk diuruskan.

Mbappe dikatakan kini bernilai sekitar 100 juta pound dengan berbaki 1 tahun kontrak. Jika dia mempunyai kontrak yang panjang mungkin 3-4 tahun lagi, nilai dia boleh mencecah sehingga 200 – 300 juta pound. Apabila seorang pemain berbakat seperti Mbappe ini mempunyai potensi untuk menjadi ejen bebas, rugilah bagi United jika tidak mengambil peluang ini untuk cuba membawanya berhijrah ke United.

Selain itu, kita kerap mendengar mengenai berita Pogba akan ke PSG. Apa kata kita terbalikkan isu tersebut. Bagaimana jika kisah Mbappe akan ke United. Jika United berjaya menyambung kontrak Pogba pada musim ini, ia akan menjadi 1 lagi kelebihan kepada United untuk menggoda Mbappe untuk menyertai United.

Jika United berjaya mendapatkan kedua-dua pemain ini, Pobga dan Mbappe ada di United, keserasian gandingan mereka berdua ini tidak dapat dinafikan kerana mereka telah bermain bersama di peringkat antarabangsa.

Yang sebenarnya, Erling Haaland merupakan sasaran utama pasukan United pada musim hadapan. Haaland pernah bermain di bawah bimbingan Solskjaer ketika di sebuah kelab Norway, Molde. Kos untuk perpindahan Haaland dijangka akan mahal disebabkan klausa perpindahan pemain ini agak tinggi. Namun perbezaan yang ketara adalah, United tidak perlu berbincang dengan Mino Raiola untuk mendapatkan Mbappe.

United perlu ingat, Bayern Munich juga berhasrat untuk mendapatkan Haaland pada musim hadapan. Mereka berkemungkinan akan kehilangan Lewandowski pada musim hadapan menurut Sky Sports. United harus bersaing dengan Bayern untuk mendapatkan Haaland.

Dan yang terakhir, Mbappe mempunyai pengalaman menang dan kalah ketika menentang pasukan United. Ia merupakan pengalaman berharga kepada dirinya. Menurut akhbar The Athletic, Mbappe ada menghantar mesej personal kepada Rashford selepas dia gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan akhir Euro 2020 lepas. Mbappe juga memuji kerja-kerja amal yang telah dilakukan Rashford pada usia mudanya itu sambil tidak menafikan kualiti yang Rashford ada di atas padang.

Pelbagai sebab mengapa United boleh jadi destinasi seterusnya bagi Mbappe. Tiada yang mustahil. Namun apa yang penting, United harus memenangi trofi pada musim ini untuk membawa masuk pemain-pemain yang berkualiti pada musim hadapan.

- Advertisement -