3 sebab musim 21/22 ini bakal menjadi milik Greenwood

0

Mason Greenwood akan bermain bersama pasukan utama United untuk musim ke-3 dan dia baru berusia 19 tahun.

Pemain penyerang United ini telah menjarikan 29 gol untuk United dan berkemungkinan akan memecah sebarang rekod yang dimiliki pemain lagenda pada akan datang.

Greenwood dilihat telah mula berlatih bersama pasukan United pada awal minggu ini. Pemain muda ini masih belum berada di tahap terbaik kariernya dan berpontesi pada musim ini perkara itu akan berlaku. Di sini kami ingin berkongsi 3 sebab.

Rehat yang mencukupi

Greenwood telah menamatkan musim 2020/2021 dengan prestasi yang baik. Pada musim baru ini, dia telah mendapat rehat yang cukup tidak seperti pada awal musim 2020/2021. Ia merupakan faktor yang penting bagi fizikal dan mental supaya mendapat rehat yang secukupnya.

Ia pasti akan memberi impak yang bagus ketika persedia latihan pra-musim ini. Greenwood dijangka akan mengetuai barisan serangan United pada awal musim ini. Martial masih lagi belum hadir ke sesi latihan, Edinson Cavani dan Rashford dijangka akan hadir lewat disebabkan tugas bersama pasukan antarabangsa mereka.

Ini akan menjadi peluang yang bagus untuk Greenwood memulakan kempen saingan Liga dengan lebih bersemangat dan cergas.

Faktor pasukan England

Selepas terlepas dalam senarai pasukan England bagi Euro 2020 disebabkan kecederaan kecil yang dia hadapi, ia bukanlah satu kesedihan kepada Greenwood. Dia harus merasakan itu adalah peluang terbaik buat dirinya untuk persediaan musim baru ini.

England berjaya layak ke peringkat akhir Euro 2020 tanpa kehadiran Greenwood. Namun, Greenwood pasti tidak mahu terlepas untuk kejohanan besar seterusnya iaitu Piala Dunia 2022. Dia harus bermain baik pada musim ini untuk memastikan dia layak mendapat tempat dalam kesebelasan utama England.

Dia pasti akan mempamerkan semangat dan aksi yang bagus dalam kancah liga kali ini kerana England mempunyai barisan pemain muda yang berkualiti dan berpotensi. Seharusnya dia perlu membuktikan dia merupakan penyerang pilihan utama Solskjaer bagi pasukan United.

Jadon Sancho

Kehadiran Jadon Sancho ke United pasti memberi reaksi negatif daripada peminat United mengenai kedudukan dan situasi Greenwood.

Apa yang bagus dengan kehadiran Sancho, Greenwood kini akan kurang bermain sebagai pemain sayap kanan. Greenwood pasti akan menjadi pilihan Solskjaer bagi tempat penyerang tengah utama United dengan gandingan Martial/Rashford dan Sancho. Gandingan ini dilihat pasti akan menjadi ancaman kepada pasukan lain.

Selain itu, Greenwood mungkin akan bermain lebih ‘deeper’ sebagai pemain penyerang untuk mendapatkan bola kerana dia mempunyai kualiti kawalan bola dan rembatan deras dari luar kotak penalti.

- Advertisement -