3 sebab mengapa United tidak perlukan Ramos

0

Selepas Sergio Ramos meninggalkan kelabnya Real Madrid baru-baru ini, pelbagai kelab telah dikaitkannya dan Manchester United tidak terkecuali.

Khabar angin itu bertiup kencang terutamanya selepas bekas pertahanan lagenda United Rio Ferdinand ada memuat naik gambar Sergio Ramos di media sosial peribadinya.

Tetapi lebih baik United tidak mendapatkan khidmat Ramos yang mempunyai 180 penampilan bersama Sepanyol.

Di sini 3 sebab mengapa United perlu elakkan daripada menandatangai pemain berstatus bintang dan bebas pada ketika ini.

Umur bukan sekadar nombor

Ramos kini berusia 35 tahun dan ia bukan pelan masa panjang yang baik untuk United.

Tetapi ada yang memperkatakan mengenai pengalaman dia sebagai pemain yang telah banyak memenangi banyak trofi. Tetapi Ole Gunnar Solskjaer memerlukan pemain yang dapat berada lama untuk pembangunan baru United kini yang dalam proses pembikinan dan pemaun muda seharusnya diutamakan.

Selepas kehilangan Ramos, Status Varane akan menjadi tanda tanya. Adakah Real akan melepaskan kedua-dua pemain tersebut?

Tetapi sebaliknya jika pemain antarabangsa Perancis itu adakaitan dengan United, maka United harus membawa masuknya ke Old Trafford. Dia 7 tahun lebih muda daripada Ramos dan dia pasti dapat bersama United untuk jangka masa 3-5 tahun akan datang.

2021 adalah tahun kritikal United

Ramos sudah tidak bermain dalam perlawanan kompetitif hjampir beberapa bulan untuk kelab dan negaranya.

Dia tidak beraksi dalam 20 daripada 22 perlawanan melibatkan pasukan Real Madrid pada tahun 2021 disebabkan kecederaanya. Lain ceritanya bagi Cavani, Cavani tidak beraksi disebabkan berstatus ejen bebas dan dia masih sentiasa menjaga kecergasannya ketika dia ejen bebas.

Adakahkah United mahu mengambil risiko untuk pemain berusia 25 tahun yang dalam pemulihan kecergasan dan lama tidak beraksi?

Duit mungkin menjadi isu

Disebabkan dia berstatus ejen bebas, dia bebas menentukan gaji dan bonus yang dia mahukan tanpa ada sebarang ikatan dengan kelab barunya.

Dia pada sebelum ini telah ditawarkan kontrak 1 tahun bersama Real Madrid. Tetapi dia berkeras untuk mendapatkan kontrak 2 tahun kekal di Real dan akhirnya perbincangan tersebut berakhir.

United kemungkinan boleh menjimatkan duit tersebut untuk pembelian pemain baru yang lain seperti Jadon Sancho. Ada kemungkinan bayaran gaji Ramos adalah sama dengan gaji pemain baru seperti Jado Sancho.

- Advertisement -