Buletin Manchester United

3 pemain yang seharusnya tidak di jual United

3 pemain yang seharusnya tidak di jual United

Pemain pertahanan legenda Manchester United, Rio Ferdinand, menilai bekas kelabnya telah melakukan kesalahan besar dengan menjual tiga pemain yang bagus. Mereka bertiga adalah Danny Welbeck, Javier Hernandez, dan Rafael. Mereka bertiga disisihkan semasa era Louis van Gaal di Manchester United. Jurulatih kebangsaan Belanda telah menyingkirkan mereka pada musim 2014/2015.

Ferdinand berpendapat ketiga-tiga pemain itu masih mempunyai sesuatu untuk ditawarkan United. Buktinya, Welbeck masih menunjukkan prestasi yang bagus selepas menjaringkan gol ketika menentang United selepas tujuh tahun pemergiannya. Sayangnya gol Welbeck gagal membawa kelabnya, Brighton, untuk memenangi perlawanan di Old Trafford pada hari Isnin lepas.

Welbeck, yang merupakan pemain akademi United, sebelum ini telah menyumbang 29 gol dalam 142 permainan untuk The Red Devils. Dia telah mengalami masalah kecederaan sejak berpindah, tetapi masih menunjukkan dia mampu melakukan sesuatu yang bagus ketika dia dalam keadaan baik.

Sementara itu, Javier Hernandez memperkuatkan Manchester United selama empat musim penuh. Dalam tempoh itu, dia menjaringkan 59 gol dalam 157 permainan. Dia kemudian bermain untuk Real Madrid, Bayer Leverkusen, West Ham United dan Sevilla, dan kini berhijrah ke kelab MLS bersama dengan pasukan LA Galaxy.

Rafael adalah pemain yang paling banyak membuat penampilan bersama United di antara dua rakannya itu. Pemain Brazil itu bermain 170 perlawanan selama tujuh tahun bersama Manchester United. Dia membantu kelabnya memasuki separuh akhir Liga Juara-Juara bersama Lyon musim lalu dan kini bermain untuk kelab Turki Istanbul Basaksehir.

Mereka bertiga mungkin bermain untuk sebuah kelab kecil sekarang. Namun, Ferdinand percaya mereka masih boleh berguna jika masih lagi bersama Manchester United. “Saya rasa kita telah menyingkirkan pemain yang baik, seperti Hernandez, Welbeck dan Rafael. Mereka mempunyai DNA Manchester United yang baik dan berkarakter,” kata Ferdinand di saluran YouTube LIMA.

“Mereka mahu bermain untuk Manchester United dan tahu apa maksudnya. Mereka mahu menang dan mereka adalah sebahagian dari era sebelumnya yang tahu bagaimana untuk menang.Ferdinand berkata, Welbeck bermain dengan sepenuh jiwa dan raga sekaligus melambangkan segalanya mengenai Manchester United. Dia dianggap seorang pemain yang bekerja keras dan memahami apa ertinya menjadi pemain Manchester United.

“Dia mempunyai kualiti, dia boleh menjadi pemain gantian dari bangku simpanan dan menjaringkan gol. Dia juga tahu apa ertinya menjadi pemain berpasukan. Mungkin penamat terakhirnya tidak sebaik yang lain untuk menjadikannya sebagai seorang pemain elit. Tetapi dia telah memberikan jiwa dan raganya cukup untuk bersama United. “kata Ferdinand.

“Saya rasa Rafael harus terus kekal bersama Manchester United. “Dia masih boleh berada dalam kesebelasan utama pasukan sekarang ini jika dia kekal bersama United,” tambah Ferdinand.