3 pemain yang menyinar ketika United tewas

0

Manchester United telah bermain untuk perlawanan persahabatan ke-2 dengan kekalahan 2-4 kepada QPR.

Ole Gunnar Solskjaer tidak bimbang dengan keputusan tersebut dan lebih melihat kepada bakat pemain-pemain muda yang diturunkannya.

Tetapi sebagai peminat anda berhat untuk melihat secara keseluruhan persembahan pemain-pemain ini dalam perlawanan malam tadi. Perlawanan persahabatan pra-musim ini adalah peluang untuk mereka menonjolkan bakat dan mendapatkan kecergasan.

Jesse Lingard

United telah memulakan perlawanan dengan baik sekali hasil jaringan Lingard dengan 3 minit permainan bermula.

Pemain antarabangsa England itu telah menyempurnakan dengan tenang ketika berhadapan dengan penjaga gol pasukan lawan.

Dia bermain dengan begitu selesa sekali dibahagian tengah dengan pergerakan dan hantaran yang bagus.

Lingard bermain dengan semangat yang tinggi dalam perlawanan tersebut. Dia perlu mendapatkan kepercayaan semula Ole Gunnar Solskjaer dalam perebutan kesebelsan utama pasukan United.

Anthony Elanga

Elanga telah masuk pada separuh masa kedua perlawanan dan hampir mendapat peluang menjaringkan gol di awal kemasukannya.

Tetapi sentuhan pertamanya yang terlalu kuat membolehkan penjaga gol lawan lebih dahulu mengeluarkan bola. Itu adalah peluang keemasan bagi Elanga.

Namun kegagalan tersebut tidak meruntuhkan semangat pemain muda ini yang terus mempamerkan aksi yang bersemangat di atas padang.

Dia sekali lagi hampir menjaringkan gol namun percubaan 1 lawan 1nya itu di selamatkan oleh penjaga gol. Nampak permulaan yang kurang baik daripada anak muda ini.

Selepas itu, hantaran cantik Shola kepada Elanga membolehkan dia mengawal dengan tenang sebelum melepaskan tendangan dari luar kotak penalti di hujung kiri gol pasukan lawan.

Elanga juga ada berpeluang mencipta ‘assist’ kepada kepada rakan sepasukannya namun terlalu kuat dan ada yang diselamatkan oleh penjaga gol. persembahan 45 minit yang baik bagi Elanga.

Facundo Pellistri

Pellistri berada dalam kesebelasan utama United pada perlawanan malam tadi. Namun bahagian serangan United kurang menerima bola yang baik dari kawasan tengah pada 45 minit pertama.

Namun, Pellistri telah berjaya mencipta ‘assist’ untuk jaringan gol Lingard.

Dia menghadapi kesukaran dalam perlawanan fizikal dan ini merupakan sebahagian daripada pembelajarannya untuk permainan bola sepak inggeris.

Menarik untuk kita lihat aksi Elanga dan Pellistri untuk perlawanan menentang Brentford pada minggu ini. Namun perlu kita ingat yang pemain-pemain senior dijangka akan pulang pada minggu ini.

Pemain-pemain muda ini perlu membuktikan semasa sesi latihan bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan bagi perlawanan persahabatan seterusnya.

- Advertisement -