3 Pemain yang kemungkinan tidak dapat bermain bersama Sancho

0

Jadon Sancho bakal menyertai skuad Manchester United minggu depan setelah diberi pelepasan bercuti selepas beraksi dalam Euro 2020. Pemain sayap kanan itu akan memainkan peranan penting dalam kempen United musim akan datang.

Sancho yang dibeli dari Borussia Dortmund dengan nilai 73 juta Pound telah memberikan keseronokan kepada para pemain lain bermain bersamanya.

Ada juga khabar angin yang mengatakan kemungkinan terdapat beberapa pemain yang tidak dapat bermain bersama-sama Sancho kerana mempunyai perancangan karier mereka sendiri.

Berikut antara pemain yang berkemungkinan akan meninggal United:

Jesse Lingard

Pemain England ini telah bermain dengan baik dalam perlawanan pra-musim dan menjaringkan 1 gol ketika menentang Queens Park Rangers. Dia juga merupakan antara asset yang akan dijual oleh United walaupun memberikan persembahan mantap ketika dipinjamkan ke West Ham United.

Lingard dan juga Sancho pernah bermain bersama dalam skuad England dan mereka berdua merupakan pemain yang menghiburkan.

Kedua-dua pemain ini menghiburkan penonton dengan gaya serangan yang menarik. Mereka berdua boleh bersama ketika di dalam dan di luar padang.

Paul Pogba

Pemain antarabangsa Perancis init telah mengenali Jadon Sancho ketika bersama-sama berlakon dalam iklan Pepsi awal tahun 2021.

Seperti Lingard, Sancho boleh mampu membantu Pogba dalam aspek serangan dengan larian-larian pantas, kebolehan membantu pemain lain bergerak ke hadapan dan membuka ruang kepada pemain lain melakukan serangan.

Kedudukan masa depan Pogba di Old Trafford Masih lagi samar kerana baki kontraknya yang tinggal setahun sahaja lagi masih belum diperbaharui. Sekiranya tawaran gaji baru yang akan dipersembahkan United tidak dipersetujui Pogba, kemungkinan United perlu menjualnya ke kelab lain untuk mengelakkan kerugian.

Kedatangan pemain Perancis yang baru, Raphael Varane sedikit sebanyak akan mengubah pemikiran Pogba untuk kekal di Old Trafford. Semuanya terletak di tangan Pogba sama ada untuk kekal ataupun berhijrah ke kelab lain.

Anthony Martial

Pemain penyerang United ini sekali lagi belum menyertai pasukan United dalam pra-musim kerana masih dihantui masalah kecederaan. Menurut laporan The Star, kemungkinan United akan menjualnya ke kelab lain.

Peluang untuk beraksi bersama Jadon Sancho kemungkinan tidak kesampaian. Jika tidak dia boleh mendapat manfaat dari pemain yang paling banyak mencipta peluang gol di Eropah.

Martial perlu membaiki kualiti serangannya sejak bermula musim lepas yang begitu mengecewakan. Dengan kedatangan Sancho, dia boleh mendapatkan manfaat dari kebolehan pemain muda England ini.

- Advertisement -