Buletin Manchester United

3-pasukan-memburu-kejuaraan

3 pasukan memburu kejuaraan

Manchester United telah melakukan tugas yang baik pada musim ini selepas berjaya menjadi 3 pasukan utama dalam pemburuan kejuaraan liga. Bekas penyerang Bulgaria, Berbatov berkata, kejayaan membelasah 9-0 pasukan Southampton perlu dijadikan titik permulaan untuk meneruskan momentum United dalam memburu kejuaran liga.

Pencabar utama liga musim ini Man City akan bertemu dengan penyandang juara liga Liverpool pada hari Ahad ini. Keputusan ini akan sedikit sebanyak membantu United menjarakkan mata atau mendekati mata dengan pasukan tersebut. Berbatov menambah lagi, mereka tidak boleh memandang mudah pasukan lawan mereka, Everton, untuk mengelakan kesilapan seperti sebelum ini berlaku.

Berbatov berkata, ‘Manchester United telah beraksi cemerlang ketika menang 9-0 dengan pasukan Southampton dan memberikan gambaran sebenar yang Ole Gunnar Solskjaer inginkan kejayaan seperti ketika mana perlawanan lepas iaitu menentang Sheffield United dan Arsenal. Kejayaan menjaringkan 9 gol dalam perlawanan tersebut telah memberikan impak positif kepada pasukan dalam penentuan kejuaraan liga ini.’

‘Saya berasa simpati dengan pasukan Southampton di atas layanan awal kad merah kepada pemain mereka. United dilihat sukar untuk mendapatkan jaringan awal, tetapi apabila gol dihasilkan maka pesta gol pun bermula. Kejayaan United ini menginatkan kenangan saya ketika saya menjaringkan 5 gol membantu United menang ke atas Blackburn 7-1.’

‘Saya juga gembira dapat melihat kemarau jaringan bagi penyerang utama United Antony Martial yang berjaya menjaringkan 2 gol. United bermain baik dalam perlawanan tersebut. Saya berharap mereka dapat membawa semangat kejayaan ini ke perlawanan seterusnya ketika menentang Everton di Old Trafford. Jika anda menewaskan Everton, Anda boleh menonton perlawanan penting Liverpool dan Man City yang dijangka memberikan impak kepada kedudukan mata United.’

‘Kedua-dua pasukan tersebut telah mempamerkan permainan bola sepak yang menarik, Saya menjangkakan Man City akan memenangi perlawanan tersebut. Tetapi jika Liverpool berjaya menewaskan Man City, ia bagus United untuk merapatkan jurang. Apa yang penting saya ingin melihat kedua-dua pasukan mencari gol dan perlawanan itu pasti menarik.’