3 kemenangan penting dalam perlawanan seterusnya. Rotasi pemain perlu dilakukan dengan berhati-hati.

0

United perlu memberikan respon yang cepat selepas mencatatknan kekalahan ini. Dengan kehadiran mentaliti kemenangan seperti CR7 di dalam pasukan United, pasti dia akan mengharapkan respon yang sama daripada rakan sepasukan itu.

United akan berhadapan dengan West Ham pada perlawanan hujung minggu ini. Ia merupakan 1 perlawanan yang mencabar kerana United akan bertandang ke tempat lawan. Namun perkhabaran gembiranya adalah West Ham tanpa tonggak penyerang utama mereka iaitu Michail Antonio yang menjalani penggantungan. Selepas perlawanan tersebut United akan berhadapan sekali lagi dengan West Ham di Old Trafford untuk Piala Carabao sebelum menentang Aston Villa di Old Trafford untuk perlawanan liga.

United perlu mencapai 3 kemenangan penting dalam perlawanan ini. Walaupun Piala Carabao bukan misi utama pasukan United, namun United pasti tidak mahu tersingkir dengan lebih awal. Mereka perlu melakukan rotasi pemain dengan bijak supaya tidak terciduk dengan pilihan pemain dalam kesebelasan utama pasukan.

Kemudian United akan berhadapan dengan Villarreal di Old Trafford. Dengan 3 kemenangan yang perlu dicapai itu, United pasti mempunyai tonik dan semangat yang baru untuk perlawanan ke-2 Liga Juara-Juara Eropah. United perlu menang untuk terus bersaingan dalam saingan kejohanan tersebut. United perlu memastikan gelanggang keramat Old Trafford menjadi tempat kebangkitan mereka.

- Advertisement -