3 kelab buru Pogba

0

Pemain yang mendapat bayaran gaji tertinggi di United, Pogba dikatakan masih belum menentukan masa depanya. Ejen peribadi Pogba, Mino Raiola juga bertindak mendiamkan diri. Dia tidak mahu lagi berbicara mengenai status Pogba pada musim depan pada ketika ini.

‘Saya ingin ingatkan anda semua, bagi dia ruang dan masa untuk berfikir mengenai masa depannya. Saya tidak akan memberitahu apa-apa status terkini mengenai perpindahan Pogba buat masa ini. Cukuplah dengan pertanyaan mengenai dai buat masa ini.’

Kontrak Pogba akan tamat pada hujung musim 2022. Sehingga sekarang masih belum ada perkhabaran mengenai penawaran kontrak baru untuk Pogba dari pengurusan United walaupun ada kedengaran pada sebelum ini. Jika tiada perbincangan yang bakal berlaku, United pasti akan menjual Pogba pada hujung musim ini. Jika tida United akan menghadapi risiko kehilangan Pogba secara percuma.

Masa depan Pogba dikatakan menjadi misteri sejak kebelakangan ini. Namun pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer tenang manafikan keadaan tersebut. Dia memberitahu yang Pogba gembira berada di United. Kontrak Pogba berbaki 16 bulan sahaja lagi. Solskjaer perlu segara menentukan peracangan masa depan Pogba sama perlu dikekalkan atau dijual.

Juventus ada menyatakan minat untuk mendapatkan semula khidmat Pogba selepas mereka menjual Pogba ke United dengan harga 89 juta pound. Mino Raiola juga ada tidak menafikan perkara tersebut pada sebelum ini. Selain itu, Pogba juga ada dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. Zinedine Zidane sangat mengidamkan Pogba berada di Real Madrid. Real Madrid ada percubaan untuk mendapatkan Pogba pada awal musim lepas, tetapi keadaan tersebut gagal di atas faktor-faktor tertentu. Ia sekaligus membuatkan Zidane berasa kecewa.

Dalam pada itu, PSG dikhabarkan juga mempunyai minat untuk membawa pulang pemain kelahiran Perancis itu. Namun pengurusan United tidak mahu Pogba dijual dengan harga yang murah. Dikhabarkan PSG berminat untuk mendapatkan dengan harga 60 juta pound tetapi United mahukan melepaskan Pogba tidak kurang dari harga 75 juta pound.

Kahabar-khabar angin ini bertiup kencang sehingga abang Pogba juga ada memberitahu media supaya meminta United menjual Pogba jika tidak mahu kehilangannya secara percuma seperti waktu Pogba masih muda. Namun segalanya bergantung kepada prestasi United pada musim ini. Pogba dilihat semakin mendapat rentak dalam permainannya. Dia berjaya mendapat anugerah pemain terbaik bulanan United bagi bulan Januari. Ia merupakan anugerah pertamanya semasa di United. Solskjaer yakin Pogba merupakan aset penting bagi United dan dia percaya Pogba akan terus kekal bersama United.

- Advertisement -