3 gol untuk 3 perlawanan bagi Elanga

Jika prestasi ini berterusan, Elanga tidak perlu menunggu lama untuk mendapat panggilan bagi pasukan utama Sweden.

0 296

Anthony Elanga seperti tidak mahu musim ini berakhir. Dia kelihatan semakin menemui sentuhan jaringan demi jaringan.

Elanga telah menerima panggilan untuk pasukan bawah 21 tahun Sweden pada akhir musim ini dan dia beraksi dengan cemerlang.

Selepas menjaringkan gol yang menarik ketika menentang Finland minggu lepas. Dia menjaringkan gol lagi pada perlawanan seterusnya.

Pemain muda United ini telah menjaringkan gol ketika membantu Sweden membenam Luxembourg dengna jaringan 6-0.

Elanga menjaringkan gol menerusi tandukan hasil hantaran lintang pada awal separuh masa kedua.

Elanga juga telah menjaringkan gol tanduk ketika dia bermain untuk United selepas menerima hantaran lintang James.

Elanga dilihat mempunyai kelebihan ketika bola di udara. Ia sesuatu yang bagus. Perkara tersebut jarang berlaku ketika dia bermain untuk pasukan akademik United.

Sebelum dia bermain dengan pasukan senior United, Elanga telah bermain dengan pauskan bawah 23 tahun United. Dia di bawa masuk dari pasukan akademik kerana kecemerlangan prestasi yang dipamerkanya.

Dia kemudian membuat debut menentang Leicester dan dia menjaringkan 5 gol dalam 5 perlawanan untuk pasukan bawah 23 tahun United.

Jika prestasi ini berterusan, Elanga tidak perlu menunggu lama untuk mendapat panggilan bagi pasukan utama Sweden. Ia berkemungkinan selepas kejohanan Euro 2020.

Jika pasukan Sweden gagal dalam Euro kali ini, ada kemungkinan mereka akan memanggil pemain-pemain muda untuk memberikan wajah baru kepada pasukan senior.

Dengan aksi yang bagus dipamerkan Elanga pada musim ini, adakah dia akan dipinjamkan pada musim hadapan? atau dia akan kekal dalam perancangan pasukan Ole?

Elanga ada berkata,”Saya akan berbincang bersama dengan pengurusan pasukan apa yang terbaik untuk karier saya untuk musim hadapan.”

“Anda perlu bersedia untuk menerima situasi berkenaan. Sama ada anda akan dipinjamkan atau anda akan bermain untuk pasukan bawah 23 tahun United. Anda perlu bersedia 150 peratus di dalam sesi latihan. Jika saya mendapt peluang untuk bermain, saya akan melakukannya dengan sebaik mungkin. Jika saya berjaya menjaringkan gol ia merupakan satu bonus buat diri saya. Apa yang penting saya perlu bermain dengan bagus.”

Jika Rashford akan menjalani pembedahan pada awal musim hadapan, dia akan mendapat peluang untuk bermain dalam pasukan utama United. Jika United berjaya membawa masuk pemain penyerang atau pemain sayap baru, maka peluang Elanga untuk dipinjamkan akan lebih tinggi.

Jika dia akan dipinjamkan, Elanga dan United perlu melihat kebarangkalian kelab yang akan menerima tawaran tersebut. Mereka harus memastikan Elanga mendapat minit permainan yang berkualiti jika tida lebih baik jika dia kekal bermasa pasukan United.