1 Kekecewaan Bruno ketika bermain bersama United pada ketika ini

0

Pasti anda ingin mengetahui apakah punca Bruno Fernandes berasa kecewa selepas setahun dia beraksi dengan pasukan Manchester United. Ketika tempoh setahun Bruno bersama United, Bruno telah berjaya mencipta pelbagai impak positif kepada pasukan United dan dirinya sendiri. Namun ada 1 kekecewaan yang sering dia ingin atasi bagi pemain antarabangsa Portugal ini.

Bruno telah datang ke United pada Januari 2020 dan hanya berjaya membuat penampilan dihadapan penyokong United di Old Trafford untuk beberapa perlawanan sahaja. Namum kerjaan Britain telah mengistiharkan ‘Lockdown’ bagi semua aktiviti yang melibatkan orang ramai. Oleh yang demikian perlawanan bola sepak di england kini dilangsungkan dengan tanpa kehadiran penonton.

Inilah di antara punca Bruno merasakan satu kekecewaan. Ketika mana dia berpeluang bermain di sebuah kelab terbaik dunia, namum peminat tidak dibenarkan datang untuk melihat pasukan United beraksi.

Bruno sering menjaringkan gol dan mencipta peluang gol untuk rakan sepasukanya. Namun dia rasa sedikit berbeza kerana setiap kali gol dihasilkan tiada sorakan dari para peminat United. Dia merasakan dia akan menjadi lebih semangat jika peminat ada memberikan sokongan dan sorakan kepada pasukan United ketika United sedang beraksi.

Bruno berkata, ‘Saya kecewa kerana diantara tujuan utama saya bermain di kelab terbaik ini adalah untuk mengembalikan kegembiran kepada peminat United. Saya pernah lihat semasa saya masih di Sporting Lisbon, peminat memberikan sokongan tanpa henti walaupun anda sedang ketinggalan. Saya teruja jika saya dapat merasai sambutan sebegitu.’

Walau bagaimanapun, Bruno akui, peminat-peminat United sering memberi kata-kata semangat kepada para pemain melalui media sosial. ‘Kadang-kadang anda berkesempatan berjumpa ketika anda pergi ke supermarket untuk membeli barang. Mereka memberikan kata-kata semangat tetapi kami ada peraturan kami yang perlu kami ikuti.’

‘Saya dapat rasakan aura peminat di Old Trafford pasti teruja dengan keadaan pasukan kami sekarang dan saya yakin mereka pasti menjadi pemain ke-12 kami dalam usaha untuk mendapatkan kejuaraan liga.’

- Advertisement -